Monday, November 11, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-42 (Sesi Pagi)

Tarikh       : 11 November 2019
Hari           : Isnin
Masa         : 7.30 pagi
Tempat      : Dataran Perhimpunan

Pengacara Majlis : Pn. Umi Nazrah Bt Saharoni

A) Senarai Guru Bertugas:

1. Srimahathevan Vadivelu
2. Umi Nazrah Bt Saharoni
3. Arjunawati Bt Ahmad Nuze
4. Norli Bt Hassan
5. Norhana Bt Nordin
6. Zailezah Bt Sardi
7. Norasmawati Bt Omar
8. Safinatunajakh Bt Mat Som 
9. Siti Aisah Bt Hanafi
10. Ahmad Zubair Bin Haji Muhammad Taib



Barisan guru bertugas

1. Nyanyian lagu (Negaraku, Selangor dan Sekolah)
2. Bacaan Doa
3. Bacaan Ikrar 



Pengawas bertugas
Bacaan Ikrar Murid
Bacaan Ikrar Rukun Negara & Keselamatan Jalan Raya
 Pengerusi Majlis Perhimpunan

C) Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-41: Pn. Roseniza Bt Setapa

1. Murid suka keluar kelas dan disiplin tidak terkawal. Murid dinasihat untuk meminta kebenaran guru atau menggunakan pas kebenaran keluar kelas. 

2. Murid didapati masih makan di kawasan selain kantin (waktu rehat) dan sampah dibuang di merata-rata tempat. Murid sepatutnya menggunakan kawasan kantin SAHAJA semasa makan.



Laporan Pn. Roseniza

D) Laporan Guru Bertugas Mingguan: (Tema - Keselamatan Diri Semasa Bercuti)

1. Murid dinasihat supaya merancang aktiviti yang berfaedah sepanjang cuti hujung tahun sekolah.
2. Sekiranya ada murid yang bercuti di kawasan berair (pantai atau air terjun) mohon pastikan bersama ibu bapa atau ahli keluarga yang dewasa.
3. Murid turut dinasihat untuk siap sedia membalut buku teks untuk persediaan sesi pembelajaran tahun 2020.
4. Kepada murid yang menunggang basikal diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya terutamanya ketika melintas jalan dan berhati-hati sepanjang masa
5. Ketika berada di tempat awam murid dinasihat supaya tidak berada seorang diri bagi mengelakkan kejadian-kenadian yang tidak diingini seperti kes penculikan dan seumpamanya
6. Jika bermain di tempat lapang, murid perlulah mengambil kira faktor cuaca. Sekiranya hujan dan petir, dilarang sama sekali untuk bermain ketika itu.


E) Ucapan Pentadbir : Guru Besar - Pn. Rohaidah Bt Mohd Ali:

1. Murid-murid diingatkan supaya sampaikan pesanan kepada ibu bapa yang belum menjelaskan sumbangan  PIBG agar berbuat demikian dengan segera. Ia bertujuan untuk kegunaan program dan pembangunan sekolah.
2. Pada 13 November 2019 akan diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Kepimpinan (MA3K).
3. Murid perlu hadir ke sekolah setiap hari sehingga hari akhir persekolahan kerana ramai murid tidak hadir selepas tamat peperiksaan akhir tahun. Ia akan menjejaskan peratusan kehadiran murid ke sekolah
4. Pada 20 November 2019 sekolah akan mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang (MAC).
5. Semasa hadir dan waktu balik sekolah, murid-murid dipesan supaya menggunakan laluan Pagar B.  



Ucapan Pentadbir - Guru Besar

Perhimpunan tamat pada pukul 8.10 pagi. 

No comments:

Post a Comment