Tuesday, December 15, 2020

Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kerjaya "Meneroka Kerjaya Pilihan" Tahun 2020 (Dalam Norma Baharu)

Alhamdulillah, selesai sudah majlis yang ditunggu-tunggu oleh murid-murid SKTPP. Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kerjaya merangkap pengumuman pemenang pertandingan Minggu Kerjaya.

Terima kasih kepada semua murid yang mengambil bahagian dalam semua aktiviti Minggu Kerjaya ini dan tidak lupa kepada ibu bapa yang sentiasa memberi dorongan semangat kepada anak-anak.

Semoga objektif program untuk memberi pendedahan kepada murid tentang pelbagai jenis kerjaya kini dan masa akan datang akan tercapai. Selain daripada itu, program ini juga diharapkan mampu memberi semangat dan motivasi kepada murid dalam berusaha meneroka dan mempamerkan kerjaya impian mereka.

Atur Cara Majlis

Pengacara majlis : Nur Dania Alesya bt Mohd Zaidi 

Ucapan perasmian oleh Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar)


Sebahagian daripada pemenang yang hadir bersama dalam google meet hari ini


Slide pengumuman pemenang pertandingan Minggu Kerjaya


No comments:

Post a Comment