Monday, December 7, 2020

Johan Tokoh NILAM, Kategori Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Peringkat Daerah Sepang 2020

Syabas dan tahniah diucapkan kepada wakil SKTPP, adik Rayyan Hayy bin Zunaizan (5 Jujur), kerana telah dinobatkan sebagai Tokoh NILAM Sekolah Rendah, Kategori Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Sepang 2020.  Beliau telah berjaya melayakkan diri mewakili Daerah Sepang ke Pertandingan Tokoh NILAM Peringkat Negeri Selangor. Semoga kejayaan beliau akan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain untuk terus maju. Pertandingan tersebut  telah diadakan pada 18 - 19 November 2020, secara atas talian dan telah disertai oleh seramai 15 orang murid, yang mewakili 12 buah sekolah seluruh daerah Sepang.


Keputusan pertandingan yang diumumkan melalui Google Meet.


Ketika pertandingan Tokoh NILAM sedang berlangsung.


Pn. Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP turut memberi sokongan semasa persiapan dan latihan sebelum pertandingan.


Folio calon juga turut diadili dalam pertandingan.


Semoga Rayyan terus bersemangat mengharumkan nama sekolah di peringkat yang seterusnya.

No comments:

Post a Comment