Wednesday, December 9, 2020

Penilaian Anugerah Kebun Komuniti 2020

9 Disember 2020, tibalah tarikh yang ditunggu-tunggu iaitu Penilaian Anugerah Kebun Komuniti yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Sepang. Pasukan penilai telah tiba pada pukul 2.40 petang untuk membuat penilaian dan pemarkahan.

Penilaian ini diketuai oleh Encik Mohd Rashdan Bin Abd Rasyid, Presiden Persatuan Lestari Alam Malaysia bersama Encik Ahmad Sufi, Bendahari Persatuan Permaculture Malaysia dan Encik Ibnu Walid bin Zaabah, Pegawai MPS Bahagian Perancangan Bandar.

Pasukan penilai telah mengambil masa 15 minit untuk melawat dan menilai Kebun Komuniti SK Taman Putra Perdana serta menyemak laporan pelaksanaan kebun komuniti yang telah disediakan mengikut kriteria penilaian.  Pasukan penilai telah mengucapkan tahniah kepada Guru Besar dan seluruh warga SKTPP di atas usaha dan komitmen dalam perjuangan ke arah kelestarian alam.

Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh PIBG, komuniti, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam menjayakan projek pertanian ini. Setakat ini, kita telah berjaya menuai beberapa kali hasil tanaman seperti sawi hidroponik. Terdapat beberapa jenis pokok dan sayuran di kebun komuniti sekolah kita seperti ;

1. Serai Peha Ayam

2. Serai Kampung

3. Bendi

4. Cili Bara

5. Cili Padi

6. Kacang Panjang Duduk

7. Bunga Kobis

8. Bayam Brazil

9. Roselle

10. Pokok Kaduk

11. Pokok Kunyit

12. Pegaga kampung

13. Kesum

14. Terung Panjang

15. Terung Bulat

16. Terung Pipit

17. Lemon

18. Limau kasturi

19. Pisang Berangan

20. Sawi Hidroponik

21. Pokok Bawang

22. Pokok Belimbing Buluh

23. Pokok Kari

24. Limau Mandarin

Kita berharap agar pertanian ini dapat diteruskan untuk kelestarian SK Taman Putra Perdana ini. Semoga keputusan cemerlang akan diperolehi atas kesungguhan persiapan kali ini yang amat memberangsangkan meskipun dikekangi dengan pandemik Covid-19. Syabas SKTPP!

Gambar-gambar sepanjang penilaian...








Para penilai dan guru-guru bergambar kenangan.

Sebahagian gambar pokok dan sayuran di Kebun Komuniti SKTPP.










No comments:

Post a Comment