Friday, December 10, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-42 (Sesi Pagi)

Minggu : 42 (6 Disember - 10 Disember 2021)

Kumpulan : 6


Senarai nama guru bertugas :

Siti Rabiaah binti Mohammad  (K)

Hafiz bin Md Noor (P)

Noor Hanawati Alinda bt Abd Taib Puruji

Noorayuni binti Ab. Fatah

Norbaizura binti Nordin

Fatin Zuhaikka binti Abdul Aziz

Parimala a/p Vengadaslam

Noor Hayati binti mohd Yusof

Ahmad Zunaidi bin Jinalabin

Mohd Rusydan bin Ismail

Nurliza binti Ab Rahman


Minggu ini merupakan minggu ke-42 sesi persekolahan bagi tahun 2021. Pada minggu ini sesi persekolahan berjalan lancar mengikut peraturan dan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Murid-murid juga sentiasa diingatkan agar patuh SOP dan sentiasa menjaga kebersihan diri bagi memutuskan rangkaian Covid-19.

Suasana pada waktu pagi ketika murid hadir ke sekolah.



 Pagar A




Pagar B

Atas arahan daripada KPM, Unit HEM SKTPP telah melaksanakan ujian saringan Covid-19 menggunakan Kit Ujian Antigen Air Liur di mana sampel terdiri daripada 10% murid yang mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga. Ujian ini melibatkan semua kelas dan dijalankan pada setiap hari Rabu.


Suasana waktu rehat murid sesi pagi.



Terdapat beberapa aktiviti penting yang berlaku sepanjang minggu ini.


Tahniah buat adik Rayyan Hayy selaku tokoh NILAM Bahasa Inggeris Daerah Sepang.


Tahniah buat adik Muhammad Arsyad bin Adly Anuar yang meraih Tempat Ketiga & Kumpulan terbaik dalam Penilaian Anugerah Nilam Negeri Selangor 2021


Majlis penyerahan sijil & hadiah Kelas PdPR Terbaik bulan Jun / Julai dan Ogos / September sesi pagi.



Suasana ketika murid pulang di pagar A dan B.






Majlis Lambaian Kasih

Sekalung tahniah diucapkan kepada Cikgu Nurul Izziani binti Mohd Latifi  kerana dapat bertukar ke sekolah baharu yang lebih dekat dengan keluarga tercinta. Berikut merupakan sedikit bingkisan sepanjang Majlis Perpisahan berlangsung.





"Selamat Bercuti"

No comments:

Post a Comment