Wednesday, December 1, 2021

Saringan Bergilir Covid-19 Murid Sekolah Rendah

Alhamdulillah, berikutan dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Unit HEM SKTPP telah melaksanakan 10% sampel saringan secara mingguan dengan kaedah penggiliran selaras strategi pengujian Covid-19 Kebangsaan yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pelaksanaan ini diadakan pada setiap hari Rabu secara penggiliran bermula pada hari ini 1 Disember 2021. Sasaran murid seramai 10% iaitu 60 murid sesi pagi dan 40 orang murid sesi petang termasuk murid PPKI dan prasekolah. Pelaksanaan ujian saringan ini juga bagi murid-murid yang telah mendapat kebenaran penjaga / ibu bapa sahaja. 

Sesi saringan ujian bermula jam 8.45 pagi. Ia dimulakan dengan pendaftaran murid bagi tujuan perekodan kepada PPD & PKD Sepang. Pendaftaran ini telah dijalankan oleh  Pn Umi Nazrah bt Saharoni dan Pn Rosmizawati bt Yusub. Butiran murid akan direkod menunjukkan mereka telah menjalani ujian saringan Covid-19.  

Guru-guru yang teribat adalah terdiri daripada Jawatankuasa Unit Kesihatan & Denggi: 

Sesi Pagi :

 1) Pn Norziani bt Zubir (K)

2) Pn Umi Nazrah bt Saharoni 

3) Pn Rosmizawati bt Yusub

4) Pn Juli bt Mahbah

5) Pn Rafidah bt Salleh

6) Pn Nurul Izziani bt Mohd Latifi

Sesi Petang :

1) Norazian bt Ahmad (K) 

2) Pn Norhana bt Nordin

3) Pn Nurazlin bt Mat Nor

4) Pn Halijah bt Mihat

5) Pn Azizah Abd Hamid

Guru-guru termasuk PK HEM Datin Noraizah bt Dun sama-sama turun padang bagi menyertai serta menunjuk cara yang betul untuk melakukan ujian tersebut. Murid-murid yang menjalani ujian saringan tersebut telah mematuhi SOP yang ditetapkan dengan membasuh tangan terlebih dahulu dan menggunakan kit ujian yang dibekalkan dengan cermat dan berhati-hati.

Alhamdulillah, hasil ujian saringan Covid-19 ke atas 100 orang murid SK Taman Putra Perdana semuanya adalah negatif. 

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang proses ujian saringan ini dijalankan. 

Murid menjalani ujian saringan Covid-19 secara cermat dan mengikut arahan guru.

Guru-guru menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab. 

Kit ujian yang telah dibekalkan oleh KPM kepada 10% murid secara penggiliran.

Semoga dengan pelaksanaan ini dapat terus membendung penularan wabak Covid-19 dalam sekolah. 

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh : 

Pn Umi Nazrah bt Saharoni 

No comments:

Post a Comment