Friday, December 10, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-42 (Sesi Petang)

Minggu : 42 (6 Disember - 10 Disember 2021)

Kumpulan : 6

Senarai Nama Guru Bertugas :

  1. Saifullah bin Mat Saupi
  2. Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman
  3. Norazmira binti Kadirun
  4. Nora Azean binti Che Othman
  5. Norazah binti Mohd Ali
  6. Nor Latipah binti Che Yussof
  7. Afandi bin Mat Zain
  8. Maizara binti Mahat
  9. Siti Aishah binti Hanafi

Minggu ini merupakan minggu ke-42 sesi persekolahan bagi tahun 2021. Pada minggu ini sesi persekolahan berjalan lancar mengikut peraturan dan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Murid-murid juga sentiasa diingatkan agar patuh SOP dan sentiasa menjaga kebersihan diri bagi memutuskan rangkaian Covid-19.

Berikut merupakan suasana pada waktu tengah hari ketika murid hadir ke sekolah.

Pintu Pagar B

Pintu Pagar A

Terdapat beberapa aktiviti penting yang berlaku sepanjang minggu ini.


Sedikit cenderahati buat Ustaz Hadri atas persembahan Magic! Magic! semasa Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sek tempoh hari. Terima kasih daun keladi...



Tahniah buat adik Nur Dayana Qamelia binti Nasrol Nizam atas pencapaian hebat dan sangat cemerlang dalam pertandingan seni silat kreatif.

Penyampaian hadiah Tokoh Kanak-Kanak sesi petang kepada adik Mohd Haziq. Tahniah!

Atas arahan daripada KPM, Unit HEM SKTPP telah melaksanakan ujian saringan Covid-19 menggunakan Kit Ujian Antigen Air Liur di mana sampel terdiri daripada 10% murid yang mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga. Ujian ini melibatkan semua kelas dan dijalankan pada setiap hari Rabu.



Majlis penyerahan sijil & hadiah Kelas PdPR Terbaik bulan Jun / Julai dan Ogos / September sesi petang.



Majlis Tautan Kasih Kilauan Budi

Sekalung tahniah diucapkan kepada Ustaz Hariz Safwan dan Cikgu Parimala kerana dapat bertukar ke sekolah baharu yang lebih dekat dengan keluarga tercinta. Berikut merupakan sedikit bingkisan sepanjang Majlis Perpisahan mereka berdua.

Perarakan Masuk 



Persembahan Nyanyian Oleh Semua Guru Sesi Petang

Ucapan Perpisahan oleh Ustaz Hariz dan Cikgu Parimala.

Penyampaian Cenderahati

Juadah Jamuan Perpisahan.



"Selamat Bercuti"


Disediakan oleh;
Nor Latipah Bt Che Yusoff

No comments:

Post a Comment