Sunday, December 5, 2021

Anugerah Setia Perkhidmatan : Anugerah Emas 20 Tahun Sebagai Guru Besar

Semasa Majlis Apresiasi & Ramah Mesra Majlis Guru Besar (MGB) Negeri Selangor yang diadakan di SUK Shah Alam, Guru Besar Pn. Rohaidah binti Mohd. Ali telah dianugerahkan Anugerah Setia Perkhidmatan : Anugerah Emas (tempoh berkhidmat sebagai Guru Besar lebih 20 tahun).

Syukur alhamdulillah atas penganugerahan tersebut. Sesungguhnya anugerah ini amat bermakna dan amat tinggi nilainya. Semoga tempoh yang agak lama ini akan terus nemberi motivasi buat Guru Besar agar terus bersemangat memimpin SKTPP ke persada kegemilangan. 

Terima kasih banyak buat semua guru, murid, ibu bapa serta semua pihak dulu dan kini yang sentiasa menyokong dan menjadi tunjang di sebalik anugerah ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas segala jasa dan budi baik semua.

Insyaa Allah kita akan sama-sama meneruskan langkah penuh bergaya untuk melonjakkan prestasi SKTPP pada masa depan..
















No comments:

Post a Comment