Sunday, February 14, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-4 (Sesi Pagi)

Tarikh : 8 - 14 Februari 2021.

Guru-guru bertugas pada minggu ini ialah:

- Pn. Norziani Bt Zubir.

- Pn. Nor-Azura Bt Mustafa.

- Pn. Norlida Bt Othman.

- Pn. Zailezah Bt Sardi.

- Pn. Umi Nazrah Bt Saharoni.

- Pn. Arjunawati Bt Ahmad Nuze.

- Pn. Norfauziaton Bt Ali Mohamed.

- En. Srimahathevan A/L Vadivelu.

- Pn. Nurul Izziani Bt Mohd Latifi.

- Pn. Arnny Yusnita Bt Md. Enarji.

- Pn. Norazian Bt Mat Anuar.

Sesi PdPR pada minggu ini dijalankan pada hari Isnin hingga Selasa sahaja kerana cuti umum 

Perayaan Tahun Baru Cina 10 - 12 Februari 2021.


Sekalung tahniah dan penghargaan atas usaha guru-guru menjalankan PDPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah) dengan pelbagai teknik dan inisiatif agar murid-murid tidak tercicir pelajaran. Terima kasih dan tahniah juga kepada semua ibu bapa atas sumbangan dan kerjasama yang amat baik bagi membolehkan anak-anak dapat mengikuti pembelajaran di rumah secara optimum.

Suasana sesi PDPR bagi minggu ini seperti di bawah:

Ustazah Norlida membentangkan slide dan video ketika sesi PdPR Pendidikan Islam Tahun 6

Terima kasih Ustazah Norlida... sentiasa berusaha menyampaikan yang terbaik untuk murid-murid.

Lagi gambar-gambar dan video sesi PdPR Prasekolah, Pendidikan Khas, Tahap 2 dan aktiviti-aktiviti sepanjang minggu ke-4 seperti dalam video di bawah:


Walaupun negara dilanda masalah pandemik Covid-19, warga pendidik tetap terus menyampaikan ilmu untuk anak bangsa. Syabas dan tahniah semua!

Nak dilentur buluh, biar dari rebungnya
kelak pasti mereka kan terjaga akhlaknya,
Nak bentukkan tubuh, bukan dari bengkungnya
Susun atur mereka sebelum kenal dunia.

Salam PdPR untuk semua.
Jaga diri, jaga kesihatan, kekal di rumah.
Kita jaga kita. 
Kita pasti menang.

No comments:

Post a Comment