Tuesday, February 9, 2021

Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang 2021

      Pada 9 Februari 2021, Jam 11.30 pagi telah berlangsungnya Pelancaran Program Guru Penyayang yang telah disempurnakan oleh Puan Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana melalui medium perhubungan Google Meet memandangkan kita berada dalam tempoh PKP 2.0 akibat pendemik Covid-19. 

      Program Guru Penyayang perlu dilaksanakan di semua sekolah rendah dan menengah. Ini adalah hasil rumusan minit Mesyuarat Pengurusan Pendidkan KPPM Bil 1/2012. Tujuan utama program ini diadakan adalah supaya guru mengamal dan membudayakan amalan penyayang di sekolah. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

     Objektif utama program ini adalah seperti berikut:

       1. Menjiwai bahawa amalan penyayang adalah budaya guru
       2. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
       3. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah
       4. Menghargai sumbangan murid ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.


Sekitar Pelancaran Program Guru Penyayang :

Buku program yang disediakan untuk majlis Pelancaran Guru Penyayang.

 Cik Roslinda binti Mansor selaku pengacara majlis.

Ustaz Ahmad Zubair sedang mengetuai bacaan doa sebelum majlis bermula.

Puan Hajjah Rohaidah, Guru Besar sedang memberi ucapan perasmian.

Puan Rozimah selaku penyelaras program sedang membentangkan aktiviti program.

Paparan video sebagai gimik pelancaran Program Guru Penyayang tahun 2021.

Gambar yang memaparkan skrin telefon dan laptop semasa pelancaran melalui media perhubungan Google Meet.


Aktiviti- aktiviti guru penyayang yang telah dijalankan pada tahun 2020.

Program Kembali ke Sekolah untuk menyambut kehadiran murid.

Sambutan Hari Lahir bagi meraikan hari lahir murid-murid.

Aktiviti- aktiviti guru penyayang yang telah dijalankan pada tahun 2020.

Bagi tahun 2021, aktiviti unit Guru Penyayang SKTPP telah merancang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan secara atas talian. Empat aktiviti utama bakal dilangsungkan adalah seperti berikut:
   ๐Ÿ’Sapaan Maya (Menyambut kehadiran Murid)
   ๐Ÿ’Talian Prihatin (Mentor Mentee)
   ๐Ÿ’ Doaku Untukmu (Penghargaan Murid)
   ๐Ÿ’Talian Cakna (Ziarah Cakna)

Yang muda dikasihi,
Yang dewasa disayangi;
Budaya penyayang amalan kami
Lahirnya insan sahsiah terpuji.
๐Ÿ’Ÿ๐Ÿ’Ÿ๐Ÿ’Ÿ๐Ÿ’Ÿ๐Ÿ’Ÿ

Video pelancaran Program Guru Penyayang 2021.

Video aktiviti Guru Penyayang Tahun 2020

          Terima kasih kepada barisan pentadbir, AJK Pelaksana, dan rakan-rakan guru serta murid sekalian atas kerjasama dalam menjayakan dan menyerikan lagi majlis pelancaran Guru Penyayang 2021.

No comments:

Post a Comment