Saturday, February 6, 2021

Taklimat Psikometrik Untuk Guru, Ibu Bapa Dan Murid Tahun 2021

Taklimat Psikometrik kepada semua murid Tahun 6, ibu bapa atau penjaga serta semua guru telah dilaksanakan pada hari ini secara online iaitu di atas talian YouTube. Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Noorhisham bin Hamzah, Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Beranang selaku penceramah. Terima kasih juga diucapkan kepada semua murid, ibu bapa dan guru-guru yang dapat meluangkan masa menyertai program ini. Di akhir program diselitkan slot motivasi oleh Cikgu Jinggo.  Semoga taklimat yang disampaikan dapat difahami dengan jelas. 

Diharap semua peserta yang menyertai taklimat tersebut telah mengisi link borang penyertaan. Setelah melengkapkan borang penyertaan  peserta akan terus menerima sijil melalui emel yang didaftarkan. 

Kepada ibu bapa / penjaga dan murid-murid yang tidak dapat menyertai taklimat tersebut, boleh lah  menonton rakaman video ini. Sila klik: Video Taklimat Psikometrik

Contoh sijil penyertaan:


Terima kasih.

#kitajagakita

#kiaskukenaldiriku2021

#staysafe

No comments:

Post a Comment