Friday, February 18, 2022

Laporan Bertugas Minggu Ke-47 (Sesi Petang)

Tarikh : 14 Februari hingga 18 Februari 2022

Senarai nama guru bertugas kumpulan 5 :

1.      Mohd Hadri b Ag Idris (K)

2.      Nor Rafini Bt Othman (P)

3.      Rozimah Bt Yaakob

4.      Zalina Bt Ismail

5.      Ruhani Bt Mansor

6.      Nurazlin Bt Mat Nor

7.      Suphara Supranie a/p Airak

8.      Nor Farhani bt Mukhtar

Minggu ini merupakan minggu kelima bagi sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022.

Alhamdulillah proses pemulangan buku teks masih disambung bagi murid tahun 1, 2 dan 3  kerana masih ada murid yang belum hantar buku teks lagi. Guru-guru kelas membuat semakan bilangan buku teks yang perlu dipulangkan sebelum dihantar ke bilik SPBT. Ada juga ibu bapa yang datang ambil dan hantar buku teks anak-anak di sekolah.

Di samping itu, untuk kelas-kelas yang dikuarantin akan sambung mengambil buku teks pada minggu hadapan. Murid-murid yang kehilangan buku teks juga perlu menggantikan buku tersebut dengan bayaran yang telah ditetapkan dan menyenarai buku yang hilang berdasarkan borang. Perkara ini telah dimaklumkan oleh guru SPBT kepada guru-guru kelas untuk dimaklumkan kepada ibu bapa melalui group whatsapp.

Minggu ini juga, ramai murid yang tidak hadir ke sekolah disebabkan kes Covid-19 yang semakin meningkat di sekolah. Ada beberapa kelas digabungkan kerana tidak ramai murid yang hadir ke sekolah. Semua SOP ketika berada di sekolah umumnya, di dalam kelas, ketika hadir/pulang, ketika membeli makanan, ketika menjalankan aktiviti di padang dan di bilik-bilik khas khususnya, masih kekal dan digunapakai. Murid-murid juga sentiasa diingatkan supaya menjaga diri dan ikut SOP di sekolah.

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakam pada minggu ini :

Murid membasuh tangan sejurus masuk ke dalam kawasan sekolah

Sesi pemulangan buku teks

Berkumpul di dewan sebelum masuk kelas


Beratur ketika membeli makanan pada masa rehat

 

 Menunggu ibu bapa datang ambil pada waktu balik sekolah

                                                            

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua guru yang telah menjalankan tugasan dengan penuh komited.

No comments:

Post a Comment