Friday, February 25, 2022

Laporan Bertugas Minggu Ke-48 (Sesi Pagi)

Minggu : 48 (21 Februari – 25 Februari 2022)

Kumpulan : 6


Senarai nama guru bertugas :

1. Siti Rabiaah binti Mohammad  (K)

2. Hafiz bin Md Noor (P)

3. Noor Hanawati Alinda bt Abd Taib Puruji

4. Noorayuni binti Ab. Fatah

5. Norbaizura binti Nordin

6. Fatin Zuhaikka binti Abdul Aziz

7. Parimala a/p Vengadaslam

8. Noor Hayati binti Mohd Yusof

9. Ahmad Zunaidi bin Jinalabin

10. Mohd Rusydan bin Ismail

11. Nurliza binti Ab Rahman

Minggu ini merupakan minggu yang ke-6 dan ini juga merupakan minggu terakhir Penggal 3 sesi persekolahan 2021/2022. 

Sesi persekolahan pada minggu ini berjalan dengan lancar dan baik. Semua murid sentiasa diingatkan oleh guru-guru berkaitan dengan SOP yang perlu diamalkan dan dipatuhi sepanjang sesi persekolahan berlangsung. Murid-murid juga telah dinasihatkan supaya sentiasa menjaga diri dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan bukan sahaja di dalam kawasan sekolah malah ketika berada di luar kawasan sekolah.

Berikut ialah gambar-gambar yang sempat dirakam pada minggu ini :









Terdapat beberapa aktiviti penting yang berlaku sepanjang minggu ini.

Penyampaian sijil dan hadiah kepada Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tahun 4, 5 dan 6 kumpulan A dan PRS yang mencapai Tahap Bongsu


Penyampaian hadiah kepada pemenang Kuiz Program Alam Menengah :
 Alya Zayyan (6 Harmoni)
Nur Fatehah binti Solehah (6 Intelek)


Sekalung tahniah diucapkan kepada Muhammad Arshad bin Aldy Anuar (5 Ibnu Thufail) kerana berjaya menerima Anugerah NILAM Peringkat Negeri Selangor dalam kategori Berkumpulan (Johan) dan Individu (Tempat Ke-3).


Penyampaian sijil dan piala kepada Adik Ameena binti Abd Aziz yang mendapat tempat Pertama dalam Pertandingan Video Kemahiran Boling Tenpin Peringkat Daerah Sepang 2021. Tahniah Adik Ameena dan guru pembimbingnya Pn. Astina


Tahniah Adik Airiel Darwish bin Hairi kerana mendapat tempat Ke-2 dalam Pertandingan Menimang Bola MSSD Sepang 2021. Beliau juga telah berjaya menempatkan diri di Sekolah Sukan Pahang. Selain beliau, Adik Mohd Aqil Qawin juga berjaya masuk ke Sekolah Sukan Kuala Lumpur.

Majlis penyampaian sijil dan hadiah Unit PPIM SKTPP telah disempurnakan oleh Guru Besar SKTPP bagi menghargai sumbangan dan hasil kerja ahli PPIM yang menyertai pelbagai pertandingan sempena Pertandingan Hari Puteri Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Peringkat Daerah Sepang 2021. Tahniah dan syabas kepada semua pemenang!


Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru bertugas atas komitmen yang diberikan dan menjalankan tugas dengan baik. Semoga segala usaha yang dilakukan mendapat keberkatan daripadaNya.

"Selamat Bercuti"


No comments:

Post a Comment