Friday, February 25, 2022

Laporan Bertugas Minggu Ke-48 (Sesi Petang)

Tarikh : 20 Februari hingga 25 Februari 2022

Senarai nama guru bertugas kumpulan 6 :

Minggu ini merupakan minggu ke-48 persekolahan bagi sesi 2021/2022. Minggu ini merupakan minggu terakhir sesi pengagihan buku teks bagi murid Tahun 1, 2 dan 3.

Alhamdulillah proses pengagihan buku teks murid tahun 1, 2 dan 3 pada minggu ini berjalan dengan baik dan lancar. 

Sesi persekolahan pada minggu ini juga berjalan dengan  lancar dan baik. Semua murid sentiasa diingatkan oleh guru-guru berkaitan dengan SOP yang perlu diamalkan dan dipatuhi sepanjang sesi persekolahan berlangsung. Murid-murid juga telah dinasihatkan supaya sentiasa menjaga diri dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan bukan sahaja di dalam kawasan sekolah malah ketika berada di luar kawasan sekolah juga.

Berikut ialah gambar-gambar yang sempat dirakam pada minggu ini :

Waktu kedatangan murid di Pagar B

Murid berkumpul sementara menunggu untuk masuk ke kelas


Terdapat beberapa aktiviti penting yang berlaku sepanjang minggu ini.




Tahniah buat PPIM SKTPP mendapat Anugerah Aura Unggul PPIM Daerah Sepang.


Tahniah buat Airiel dapat masuk Sekolah Sukan Pahang di Temerloh dan Mohd Aqil Qawin dapat masuk Sekolah Sukan Kuala Lumpur di Keramat!


Tahniah buat Ameena bt. Abd. Aziz dan Cikgu Astina atas pencapaian mendapat Tempat Pertama dalam Pertandingan Video Kemahiran Boling Tenpin peringkat Daerah Sepang 2021


Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru bertugas atas komitmen yang diberikan dan menjalankan tugas dengan baik. Semoga segala usaha yang dilakukan mendapat keberkatan daripadaNya.


"Selamat Bercuti"

Disediakan oleh :
Nor Latipah Binti Che Yusoff

No comments:

Post a Comment