Friday, March 31, 2023

Laporan Bertugas Minggu Ke-2 (Sesi Pagi)

Tarikh : 27 - 31 Mac 2023

Hari    :  Isnin - Jumaat

Tema :  Hijau

Kumpulan Bertugas    :  Kumpulan B

  1. Puan Jamilah binti Yusof (K)
  2. Cik Nurul Nadirah binti Kamarulzaman (P)
  3. Encik Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib
  4. Encik Muhammad Dzarfan bin Kamar Bahrin
  5. Puan Musaliha binti Mustafa 
  6. Puan Rafidah binti Salleh
  7. Puan Roseniza binti Setapa
  8. Puan Roslinda binti Mansor
  9. Puan Rosmawati binti Md Desa
  10. Puan Safinatunajakh binti Mat Som
  11. Puan Wan Rosmawati binti Wan Ibrahim
  12. Encik Wan Faizol bin Wan Mat
Barisan guru bertugas Kumpulan B

Laporan Perhimpunan Rasmi

1.0    Nyanyian, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar

1.1    Perhimpunan rasmi dimulai dengan nyanyian tiga rangkaian lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.

1.2    Bacaan doa yang dipimpin oleh Nujaid Hadif bin Hazlee dari kelas 6 Sony

1.3    Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang diketuai oleh Puan Roslinda binti Mansor selaku pengacara majlis dari kumpulan bertugas.

1.4    Bacaan Ikrar Murid yang dipimpin oleh Nur Syaza Iwani binti Saari dari kelas 6 Samsung .

1.5    Puan Roslinda memperkenalkan barisan guru bertugas dari Kumpulan B.


2.0    Laporan Guru Bertugas Minggu Pertama oleh Encik Muhammad Fakhrul Hafiz bin Awang

2.1    Penggunaan tangga sewaktu balik 
  • mengingatkan murid penggunaan tangga yang betul semasa bergerak pulang setelah tamat waktu persekolahan
    • Tahun 4 - Tangga UTM
    • Tahun 5 - Tangga UKM
    • Tahun 6 - Tangga USM
  • memastikan murid berdisiplin ketika turun tangga, berjalan dalam barisan, tidak berebut-rebut atau bertolak-tolakan sepanjang berjalan menuju ke pagar B
2.2    Penggunaan pintu pagar semasa hadir dan pulang sekolah
  • mengingatkan semua murid yang hadir ke sekolah menggunakan kenderaan samada kereta atau motosikal yang dihantar ibu bapa dan menaiki van sekolah perlu melalui pintu Pagar B.
  • Pintu Pagar A hanya akan digunakan oleh murid-murid yang berjalan kaki atau menunggang basikal.
  • Turut diingatkan pejalan kaki yang menggunakan Pagar A tidak dibenarkan melalui Laluan Patriotik dan perlu berjalan menuju laluan bilik j-QAF
  • Guru memohon murid mengingatkan ibu bapa masing-masing supaya tidak menurunkan atau mengambil anak di pintu Pagar A
2.3    Waktu rehat sepanjang Ramadan
  • sepanjang Ramadan murid-murid akan bertadarus di dalam kelas masing-masing semasa waktu rehat
  • terdapat murid yang sengaja melengah-lengahkan masa semasa mengambil wuduk sebelum tadarus berlangsung
  • guru mengingatkan murid agar tidak lagi berbuat demikian
2.4    Kehilangan wang saku
  • sering berlaku kes kehilangan/keciciran duit
  • mengingatkan murid agar sentiasa berhati-hati menyimpan duit/wang saku yang dibawa ke sekolah agar tiada lagi kejadian sedemikian.

Cikgu Fakhrul Hafiz memberi laporan Minggu 1 


3.0    Ucapan Guru Bertugas - Cikgu Roslinda binti Mansor

3.1    LAWAD 
  • Bahasa Melayu  :  alim-alim kucing bermaksud pura-pura baik
  • Bahasa Inggeris  :  determined bermaksud bertekad
  • Bahasa Arab  :  sawmun bermaksud puasa
3.2    Tema  :  Disiplin Keselamatan
        
3.2.1    Jaga keselamatan diri
  • tidak bertolak-tolakan semasa naik dan turun tangga bagi megelakkan jatuh atau berlaku kecederaan
  • perkara tersebut ditegaskan terutama ketika menuruni tangga untuk balik
3.2.2    Jaga keselamatan diri di luar sekolah

  • mengingatkan murid agar menunggu di pondok pengawal dan tidak berkeliaran di luar sekolah sekiranya ibu bapa lambat/lewat menjemput anak
  • hal sedemikian dapat mengelakkan kejadian culik yang kerap berlaku di kalangan anak-anak yang baru pulang dari sekolah
3.2.3    Jaga keselamatan jalan raya
  • sentiasa berhati-hati terutama ketika melintas jalan, pastikan anak-anak menoleh kiri dan kanan sebelum melintas
3.2.4    Jaga keselamatan di dalam kelas
  • tidak berlari-lari di dalam kelas atau melakukan gurauan yang melampau seperti menarik kerusi ketika kawan hendak duduk

4.0    Ucapan Puan Noor Hayati binti Yusof

4.1   Puan Noor Hayati memaklumkan bahawa Unit Pengakap PPKI telah menganjurkan Program Sebakul Kasih Seikhlas Hati.

4.2    Sasaran program tersebut adalah dalam kalangan murid PPKI dan murid aliran perdana yang kurang berkemampuan

4.3    Objektif program adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang kelebihan bersedekah dan menghargai rakan-rakan yang kurang berkemampuan.

4.4    Sumbangan boleh diberikan dalam bentuk wang tunai atau barang keperluan dapur 



5.0    Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran - Puan Azizah binti Mokhlas

5.1    Waktu Persekolahan
  • loceng pertama akan dibunyikan pada 7:20 pagi.  Murid sepatutnya hadir ke sekolah sebelum loceng pertama berbunyi.  Pada setiap Isnin murid perlu bergerak ke Tapak Perhimpunan apabila loceng kedua dubunyikan iaitu pada 7:30 pagi.
  • Ruang masa antara kedua-dua loceng selama 10 minit itu perlu dimanfaatkan oleh murid untuk membersihkan kelas dan menyusun meja.
  • Minggu kedua ini murid akan mula belajar seperti biasa.  Oleh itu, murid diingatkan untuk fokus dan mengikut jadual dengan betul
5.2    Puan Azizah turut menyarankan anak-anak SKTPP agar tidak tidur selepas waktu bersahur dan cuba melakukan perkara-perkara yang bermanfaat.

5.3    Penggunaan Surau
  • murid boleh mengerjakan solat di Musalla Raudatul Ilmi sekiranya ingin berbuat demikian

Perhimpunan tamat jam 8:15 pagi.


Berikut rangkuman gambar-gambar sepanjang Minggu ke-2


Barisan Pentadbir SKTPP

Guru-guru berbusana mengikut tema hijau


Kehadiran murid di Pagar A

Kehadiran murid di Pagar B

Pergerakan pulang anak-anak SKTPP


Taklimat Disiplin oleh Puan Norazian binti Mat Anuar




Simbolik Program Sebakul Kasih Seikhlas Hati



No comments:

Post a Comment