Friday, March 31, 2023

Laporan Bertugas Minggu Ke-2 (Sesi Petang)

Tarikh : 27 - 31 Mac 2023

Hari : Isnin hingga Jumaat

Masa : 12.30 tengah hari

Senarai Nama Guru Bertugas:

Kumpulan B

1. Mohd Hadri bin Ag Idris (K)

2. Suriyana binti Nanyan@Salim (P)

3. Afandi bin Mohd Zin

4. Nor Holwani binti Yahaya

5. Nur Wahidatuldinah binti Hasaan

6. Nor Saadah binti Ab Halim

7. Ranjiny A/P Rajah

8. Ummu A’thiah binti Hashim

9. Saliza binti Osman

10. Nornadzirah binti Abdul Rahman

Barisan guru bertugas pada minggu ini.

Laporan Perhimpunan Rasmi.

1.0 Nyanyian, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar;

1.1  Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.

1.2  Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Hafiz bin Abdul Halil

Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Hafiz

1.3  Bacaan ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan diketuai oleh Pn. Suriyana binti Nanyan@Salim

Perhimpunan rasmi pada minggu ini dipengerusikan oleh cikgu Suriyana

 2.0 Laporan Guru Bertugas Minggu Pertama;

2.1 Laporan minggu bertugas minggu lepas disampaikan oleh Encik Nor Amirul Fitri bin Othman 

Intipati laporan adalah seperti berikut :

*Murid-murid diingatkan supaya tidak membuang sampah merata-rata terutama pada waktu rehat. Murid juga tidak dibenarkan menggunakan laluan Dataran Perhimpunan pada waktu datang dan pulang dari sekolah.

3.0  Ucapan Guru Penolong Kanan Petang

3.1  Ucapan Penolong Kanan Petang oleh Encik Naga Kannan A/L Vadivale.

Intipati ucapan beliau ialah :

Ø  Murid-murid diingatkan agar masuk ke kawasan sekolah tanpa ibu bapa masing-masing.

4.0  Ucapan Guru Bertugas

4.1  Ucapan guru bertugas pada minggu ini disampaikan oleh Pn. Suriyana binti Nanyan@Salim. Antara intipati ucapan ialah :

Ø  Memperkenalkan barisan guru bertugas.

Ø  Tema ucapan minggu ini ialah Disiplin Keselamatan.

Ø  Murid diingatkan agar sentiasa berdisiplin dan bertanggungjawab serta peka dengan peraturan sekolah.

Ø  Murid mestilah sentiasa menyayangi dan menghormati diri sendiri dan juga rakan-rakan.

Cikgu Suriyana sedang menjelaskan
tentang tema minggu ini iaitu Disiplin Keselamatan


Taklimat disiplin oleh cikgu Aizil Hasyimi

Murid-murid datang ke sekolah di pagar A


Murid-murid datang ke sekolah di pagar B

Murid-murid semasa waktu perhimpunan

Murid-murid mendengar amanat guru-guru
semasa waktu perhimpunan

5.0  Lain-lain Maklumat

Ø  Program Ihya’ Ramadan dan Bulan Dakwah akan diadakan untuk murid-murid Islam yang berpuasa. Aktiviti ini akan dijalankan pada waktu rehat.

Ø  Murid yang tidak berpuasa dibenarkan makan di kantin. 


Tazkirah telah disampaikan oleh
Ustazah Nor Azian Ahmad

Murid-murid sewaktu program Ihya Ramadan

Dengan berakhirnya ucapan dan makluman yang telah disampaikan oleh Pn. Suriyana binti Nanyan@Salim, maka berakhirlah Majlis Perhimpunan Rasmi Sesi Petang pada minggu ini.

Disediakan oleh,

Ranjiny Rajah

No comments:

Post a Comment