Wednesday, March 22, 2023

Program Sinergi Mega (Hari Ketiga)

Hari:           Rabu
Tarikh:       22 Mac 2023
Sesi:            Pagi dan Petang

Pada hari ini Program Sinergi Mega dimulai dengan aktiviti Amalan Sekolah Penyayang. Murid hadir ke sekolah dan masuk barisan kelas masing-masing di Dewan Putra dan Dewan Taman. Setelah acara perhimpunan ringkas dengan bacaan doa berlangsung, murid-murid bersedia pula dengan aktiviti senamrobik selama 1 jam. Program diteruskan dengan Acara Sukaneka (bawa bola dalam sudu, lari dalam guni, isi air dalam botol dan boling kampung) serta Permainan Tradisional (lompat getah dan pukul berapa datuk harimau). Program hari ini tamat pada pukul 12.20 tengah hari sesi pagi dan 5.50 petang sesi petang.

Antara gambar-gambar Prasekolah dan Tahap 2 yang dirakam:- 
  




Antara gambar-gambar Tahap 1 yang dirakam:- 
  





Laporan disediakan oleh
Zalina binti Ismail

No comments:

Post a Comment