... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, September 19, 2018

Majlis Sambutan Awal Muharam 1440H Sesi Petang

Pada 14 September 2018 (Jumaat) Panitia Pendidikan Islam SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan program Sambutan Awal Muharam 1440H. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai peristiwa penting dalam kalendar bulan Hijrah. 

Maal hijrah sinonim dengan pengertian perpindahan, sama ada daripada buruk kepada baik mahupun daripada baik kepada lebih baik. Dari segi istilah bermaksud berpindah daripada perkara yang negatif kepada yang positif dan daripada perkara yang positif kepada yang afdhal. Tuntasnya, Islam mengajak umatnya untuk bermuhasabah dan terus menyemak diri untuk mengubah diri ke arah nilai positif. 

Antara objektif Sambutan Awal Muharam ini ialah :
1. Pelajar dapat memahami maksud hijrah yang sebenarnya.
2. Mengetahui plot penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.
3. Mengambil iktibar dari peristiwa hijrah.
4. Dapat memberi pemahaman dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

Majlis Sambutan Awal Muharam 1440H dirasmikan oleh Puan Hajjah Rohaidah Binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Berikut merupakan sorotan daripada perjalanan program pada hari tersebut.

Pn Hajjah Rohaidah Binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana menyempurnakan gimik perasmian Majlis Sambutan Awal Muharam 1440H


Ustaz Saiffol Bin Ngabiah membacakan doa

Ustaz Abdul Hafiz Bin Abdul Halil ditugaskan mengacarakan majlis

Persembahan nyanyian Lagu Awal Muharam oleh murid kelas 3 Jujur yang dibimbing oleh Puan Salmi Binti Amir

Murid-murid yang terlibat

Ucapan Pn Fadhilah Binti Talib, Penyelaras Program Awal Muharam menerangkan mengenai beberapa program yang akan dilaksanakan sempena Awal Muharam

Ucapan perasmian oleh Pn Hajjah Rohaidah Binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana

Gimik Perasmian

Disediakan oleh : En Hariz Safwan Bin Yaccob

Tuesday, September 18, 2018

Jemputan Ke Majlis Bacaan Yassin, Solat Hajat & Ceramah Motivasi Tahun 6 Fasa 2

Ibu bapa / Penjaga
Murid-murid Islam Tahun 6
SK Taman Putra Perdana

Sukacita dimaklumkan pihak sekolah akan mengadakan majlis di atas seperti ketetapan berikut:-

Tarikh
:
21 September 2018 (Jumaat)
Masa    
:
7.00 malam – 10.30 malam
Tempat           
:
Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana
Penceramah
:
Sufian bin Mohd Isa (PU Astro Oasis)

Sehubungan itu, tuan/puan adalah dijemput untuk menyertai majlis tersebut. Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan sebagai tanda sokongan terhadap kecemerlangan anak-anak didik SK Taman Putra Perdana.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:
Nurul Azean binti Mohd Salleh

Saturday, September 15, 2018

Pertandingan Nasyid Sempena Karnival Masjid Taman Putra Perdana 2018

Pada 15 September 2018 (Sabtu) Masjid Taman Putra Perdana telah menganjurkan Karnival Masjid Taman Putra Perdana dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Kebudayaan Negeri Selangor bertemakan "Masjid dan Komuniti Berpisah Tiada".

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan nasyid dalam komuniti Putra Perdana. Kumpulan nasyid SK Taman Putra Perdana AL-WIJDAAN telah mendapat JOHAN dan anugerah PERSEMBAHAN TERBAIK.

Penyampaian hadiah telah disempurnakankan oleh Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, YB Dato'  Ir. Amiruddin Hamzah yang hadir sebagai perasmi Karnival Masjid Taman Putra Perdana.

Beliau juga dengan sukacita menyokong usaha pihak sekolah menyebarkan slogan " BENCI DARVIH" ketika sesi bergambar bersama Al-Wijdaan.

Kumpulan Al-Wijdaan terdiri daripada 9 orang murid. Mereka adalah :
1. Muhd Aisy Hafiy bin Anugrah - 5 Tabla (Solo)
2. Mohd Farish Arsyad bin Muhd Faizal - 4 Titanium (Solo 2)
3. Aleef Qawiem bin Arzeky - 5 Nafiri (Darbuka)
4. Muhd Farid bin Aripuddin - 4 Platin (Conga)
5. Muhd Ammar bin Muhd Riza - 5 Tabla
6. Muhd Fayyad Hakimy bin Azlin - 5 Tabla
7. Adam bin Iskandar - 5 Tabla
8. Muhd Danish Akif bin Dzulkarnain - 5 Tabla
9. Shahir Izuddin bin Norizam - 5  Kompang (Musk & Tamborin)
 Al-Wijdaan telah menyampaikan 2 buah lagu iaitu Ya Habibal Qolbi dan Utusan Terakhir.

Manakala guru pengiring yang membimbing serta melatih kumpulan ini ialah :
1. Pn Umi Nazrah bt Saharoni
2. Pn Astina bt Mahad Nor
3. Pn Safinatunnajakh bt Mat Som

Kami sangat berbangga dengan pencapaian Al-Wijdaan. Tahniah anak-anak hebat!. Ini memberikan mereka ruang dan peluang bagi menyerlahkan bakat seni serta menyebarkan usaha dakwah melalui penyampaian lagu nasyid dalam kalangan komuniti Putra Perdana.

Semoga usahasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mengeratkan hubungan baik antara pihak masjid, komuniti Putra Perdana dan pihak sekolah.

Laporan disediakan oleh : Pn Umi Nazrah bt Saharoni.

Bergambar sebelum majlis pertandingan bermula.

Pertandingan Nasyid bermula...

Kumpulan Al-Wijdaan membuat persembahan.

YB Dato' Ir. Amiruddin Hamzah merasmikan majlis dengan memukul gong.

Penyampaian hadiah Johan Nasyid kepada ketua Al-Wijdaan, Muhd Aisy Hafiy bin Anugrah.

Penyampaian hadiah bagi Persembahan Terbaik. 

Sesi bergambar bersama YB Dato' Ir. Amiruddin Hamzah, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia.

Tanda menyokong pihak sekolah dalam usaha menyebarkan "BENCI DARVIH" - terima kasih


Bergambar kenangan bersama guru pengiring & ibu bapa peserta yang hadir. 

Friday, September 14, 2018

Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah 2018 (Sesi Petang)

Alhamdulillah, Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah 2018 bagi sesi petang telah berjaya dilaksanakan walaupun hujan lebat pada awal waktu persekolahan pada hari ini, Jumaat 14 September 2018. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pembantu PK Petang, Puan Rozimah binti Yaakob. 


Encik Nor Amirul Fitri bin Othman dan Cik Nur Affiqah binti Ahmad Subian sebagai Pengacara Majlis.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa daripada Ustaz Abdul Hafiz bin Abd Halil.
Selepas itu, pengerusi majlis menjemput Puan Rozimah binti Yaakob diiringi penyelaras Program Bulan Kebangsaan 2018, Puan Nik Rosmaliza binti Nik Hussain untuk menyampaikan hadiah hamper kepada pemenang setiap pertandingan.


Pemenang tempat pertama Pertandingan Pakaian Beragam Tahun 1  


Pemenang tempat pertama Pertandingan Tarian Tahun 2 
Kelas 2 Ibnu Bajjah
Johan Tarian 2018, Kelas 2 Ibnu Bajjah tampil membuat persembahan tarian di atas pentas.



Boleh tonton semula video Pertandingan Tarian Tahun 2 (2018)👆

Pemenang tempat pertama Pertandingan Koir Tahun 3
Kelas 3 Gigih


Johan Koir 2018, Kelas 3 Gigih mempersembahkan koir yang membawa kemenangan kepada mereka.
Boleh tonton semula video Pertandingan Koir Tahun 3 (2018)👆

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Terima kasih juga di atas komitmen semua guru yang telah melatih anak-anak murid dengan bersungguh-sungguh serta memberi kerjasama terbaik sepanjang program Bulan Kebangsaan 2018. Adalah diharapkan agar aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dapat menyemarakkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan murid serta guru.

Indah berseri cincin delima,
Bertatah permata elok dipakai,
Malaysia kini 61 tahun merdeka,
Negara kita aman dan damai.

Lagu Negaraku lagu kebangsaan,
Dihafal dan diingati oleh semua,
Tugu negara lambang pengorbanan,
Pembakar semangat kepada semua.

Sayangi Malaysiaku!!
Selamat Hari Malaysia

Disediakan oleh:
Puan Siti Maziah binti Muhamad Tajuddin
Puan Nor Arzah binti Hussin
Puan Nur Malisha binti Omar (Video)

Majlis Sambutan Awal Muharram 1440H Sesi Pagi

Pada 14 September 2018 (Jumaat) Panitia Pendidikan Islam SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan program Sambutan Awal Muharram 1440H. Sambutan Awal Muharram merupakan program tahunan dalam panitia Pendidikan Islam yang diadakan bagi memberi pendedahan serta kefahaman tentang peristiwa penting dalam bulan hijrah.

Awal Muharram dikaitkan juga dengan Maal Hijrah yang bermaksud sama-sama berpindah. Dari segi istilah bermaksud berpindah dari perkara yang negatif kepada yang positif dan dari perkara yang positif kepada yang afdhal. Justeru penghayatannya perlu ada dalam rangka membina satu misi perjuangan hidup Islam yang lebih jitu dalam jiwa muslimin dan muslimat.

Program ini dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada semua murid dan juga warga sekolah agar lebih memahami perjalanan penghijrahan Rasulullah dari Mekah ke Madinah dalam melaksanakan usaha dakwah baginda suatu ketika dahulu.


Antara objektif Sambutan Awal Muharam ini ialah : 
1. Pelajar dapat memahami maksud hijrah yang sebenarnya. 
2. Mengetahui plot penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. 
3. Mengambil iktibar dari peristiwa hijrah.
4. Dapat memberi pemahaman dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

Majlis ini dimulakan dengan ucapan perasmian dan pelancaran majlis oleh Guru Besar Puan Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali sekaligus merasmikan dengan gimik pelancaran meletakkan nombor hijrah iaitu 1440H bersama dengan para pentadbir.


Majlis ini kemudian diserikan dengan persembahan nasyid daripada kumpulan Al-Wijdaan dengan 2 buah lagu iaitu Ya Habibal Qolbi dan Maal Hijrah. Majlis diteruskan dengan penyampaian ceramah oleh Pencetus Ummah (PU) Muhammad Hafiz bin Abu Bakar, seorang penceramah yang hebat dan santai. Beliau mengajak warga SKTPP bersama-sama menghayati perjuangan Rasulullah SAW dalam peristiwa Hijratul Rasul. Ceramah yang disampaikan diselangi dengan aktiviti kuiz bersama murid-murid dan hadiah diberi kepada yang berjaya menjawab kuiz tersebut. Ceramah beliau diakhiri dengan menjemput beberapa orang murid bersama beliau mengalunkan bacaan doa Dhuha.

Berikut gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung.


Buku program Sambutan Awal Muharram 1440H

Murid-murid memberi tumpuan kepada persembahan nasyid.

Ucapan dari Puan Guru Besar mengajak seluruh warga SKTPP agar menghayati bulan Muharram sebagai Tahun Baru Islam.

Pelancaran gimik oleh barisan pentadbir.

Barisan pentadbir menunjukkan nombor sebagai Tahun Baru Hijrah 1440.


PU Hafiz penceramah jemputan sambutan Awal Muharram memulakan sesi ceramahnya.

Murid-murid SKTPP tekun mendengar ceramah PU Hafiz yang mudah difahami & santai.

Sesi soal jawab kuiz - murid bersemangat untuk menjawab!

PU Hafiz menjemput murid untuk naik ke pentas bagi sesi ramah mesra. 

Penyampaian cenderahati daripada pihak sekolah kepada PU Hafiz sebagai tanda penghargaan.

Kumpulan nasyid Al-Wijdaan membuat persembahan.


Lagi momen-momen yang dapat dirakam sepanjang majlis berlangsung....




Keputusan Terkini Pertandingan Kuiz Bulan Kebangsaan 2018

Sempena pertandingan Bulan Kebangsaan 2018 SKTPP, berikut adalah senarai nama peserta dan markah mereka yang terkini. Pertandingan ini masih lagi dibuka. Buat murid yang mahu menyertai kuiz ini, anda masih lagi berpeluang. Tarikh akhir pertandingan ini adalah pada 16 September 2018.

Jadi apa lagi! Layari VleFrog Sktpp hari ini juga atau klik sahaja di pautan di bawah ini untuk mula menjawab kuiz tersebut.

http://sktmnputraperdana.blogspot.com/2018/09/pertandingan-sempena-sambutan-bulan.html


http://sktmnputraperdana.blogspot.com/2018/09/pertandingan-sempena-sambutan-bulan.html

'Top Player' Kuiz Malaysia dan Kemerdekaan

http://sktmnputraperdana.blogspot.com/2018/09/pertandingan-sempena-sambutan-bulan.html

  'Top Player' Kuiz Kenali Malaysia

Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah 2018

Bersyukur menjadi rakyat Malaysia,
Bumi bertuah indah permai,
Enam puluh satu tahun kita merdeka,
Rakyat hidup aman damai.

Pada hari ini, 14 September 2018, SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah bagi tahun 2018. Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Hajah Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana dengan jayanya. Diharap dengan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Bulan Kebangsaan ini, murid-murid telah dapat mengenal dan menghayati semangat cintakan negara serta menghargai jasa pejuang-pejuang terdahulu yang telah berkorban demi negara tercinta.

Aktiviti-aktiviti Sambutan Bulan Kebangsaan yang telah dijalankan:

  • Sambutan Bulan Kebangsaan 2018, klik di sini
  • Pertandingan Pakaian Tradisional dan koir sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah 2018 (sesi pagi), klik di sini
  • Aktiviti Bulan Kebangsaan: Pertandingan Tarian & Koir (sesi petang), klik di sini

Terbang tinggi si burung helang,
Berkicau kenari sambil berterbangan,
Insan cemerlang negara terbilang,
Bakat diserlah tanda kecemerlangan.

Seterusnya, majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang aktiviti Bulan Kebangsaan.

1. Pertandingan Mewarna Poster Kemerdekaan (PPKI) - Tahun 1, 2 & 3
  • Kelas Squash (Tahun 1)
    • Tempat Pertama : Malik Rifaie bin Junizam
    • Tempat Kedua : Muhammad Najmuddin bin Mohd Nizam
    • Tempat Ketiga : Muhammad Riyadh Darwish bin Rusdi
  • Kelas Petanque (Tahun 2)
    • Tempat Pertama : Ammar Yusuf hamdan bin Abdul Muizz
    • Tempat Kedua : Abu Zar bin Azmi
    • Tempat Ketiga : Joshua Ngieng Zhao Han
  • Kelas Soccer (Tahun 3)
    • Tempat Pertama : Ameerah Aqilah binti Azri Amir
    • Tempat Kedua : Nur Aimy Batrisyia binti Mohd Azuan
    • Tempat Ketiga : Faris Izzuddin bin Saiful Rizal
2. Pertandingan Mewarna Wau Kreatif (PPKI) - Tahun 4, 5 & 6
  • Kelas Cricket (Tahun 4)
    • Tempat Pertama : Munirah Wafiah binti Zamri
    • Tempat Kedua : Muhammad Adam Izzuddin bin Shahrul Nizam
    • Tempat Ketiga : Muhammad Al Israal bin Adnan
  • Kelas Aquatics (Tahun 5)
    • Tempat Pertama : Irfan bin Ahmad Ridzuan
    • Tempat Kedua : Muhammad Aiman bin Norisyan
    • Tempat Ketiga : Putri Nurdini Damia binti Muhamad
  • Kelas Archery (Tahun 6)
    • Tempat Pertama : Muhammad Amir bin Mohd Fazli
    • Tempat Kedua : Muhammad Hafiz bin Suhaimi
    • Tempat Ketiga : Muhammad Afiq bin Affandy
3. Pertandingan Koir Bertemakan Bulan Kebangsaan (Tahun 5)
  • Tempat Pertama : 5 Rebana
  • Tempat Kedua : 5 Tabla
  • Tempat Ketiga : 5 Canang
  • Saguhati : 5 Kompang
  • Saguhati : 5 Seruling
  • Saguhati : 5 Gambus
  • Saguhati : 5 Nafiri
  • Saguhati : 5 Bonang
  • Saguhati : 5 Angklung

Berikut gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung...

Pengacara Majlis: Pn Nurliza bt Ab Rahman

Ucapan Guru Besar, Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali

Tahniah kepada pemenang (murid-murid PPKI)

Tahniah kepada para pemenang (murid-murid PPKI)

Tempat Pertama: Kelas 5 Rebana
Tempat Kedua: Kelas 5 Tabla

Tempat Ketiga: Kelas 5 Canang

Menerima hadiah saguhati

Menerima hadiah saguhati

Disediakan oleh: