Saturday, September 15, 2018

Pertandingan Nasyid Sempena Karnival Masjid Taman Putra Perdana 2018

Pada 15 September 2018 (Sabtu) Masjid Taman Putra Perdana telah menganjurkan Karnival Masjid Taman Putra Perdana dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Kebudayaan Negeri Selangor bertemakan "Masjid dan Komuniti Berpisah Tiada".

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan nasyid dalam komuniti Putra Perdana. Kumpulan nasyid SK Taman Putra Perdana AL-WIJDAAN telah mendapat JOHAN dan anugerah PERSEMBAHAN TERBAIK.

Penyampaian hadiah telah disempurnakankan oleh Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, YB Dato'  Ir. Amiruddin Hamzah yang hadir sebagai perasmi Karnival Masjid Taman Putra Perdana.

Beliau juga dengan sukacita menyokong usaha pihak sekolah menyebarkan slogan " BENCI DARVIH" ketika sesi bergambar bersama Al-Wijdaan.

Kumpulan Al-Wijdaan terdiri daripada 9 orang murid. Mereka adalah :
1. Muhd Aisy Hafiy bin Anugrah - 5 Tabla (Solo)
2. Mohd Farish Arsyad bin Muhd Faizal - 4 Titanium (Solo 2)
3. Aleef Qawiem bin Arzeky - 5 Nafiri (Darbuka)
4. Muhd Farid bin Aripuddin - 4 Platin (Conga)
5. Muhd Ammar bin Muhd Riza - 5 Tabla
6. Muhd Fayyad Hakimy bin Azlin - 5 Tabla
7. Adam bin Iskandar - 5 Tabla
8. Muhd Danish Akif bin Dzulkarnain - 5 Tabla
9. Shahir Izuddin bin Norizam - 5  Kompang (Musk & Tamborin)
 Al-Wijdaan telah menyampaikan 2 buah lagu iaitu Ya Habibal Qolbi dan Utusan Terakhir.

Manakala guru pengiring yang membimbing serta melatih kumpulan ini ialah :
1. Pn Umi Nazrah bt Saharoni
2. Pn Astina bt Mahad Nor
3. Pn Safinatunnajakh bt Mat Som

Kami sangat berbangga dengan pencapaian Al-Wijdaan. Tahniah anak-anak hebat!. Ini memberikan mereka ruang dan peluang bagi menyerlahkan bakat seni serta menyebarkan usaha dakwah melalui penyampaian lagu nasyid dalam kalangan komuniti Putra Perdana.

Semoga usahasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mengeratkan hubungan baik antara pihak masjid, komuniti Putra Perdana dan pihak sekolah.

Laporan disediakan oleh : Pn Umi Nazrah bt Saharoni.

Bergambar sebelum majlis pertandingan bermula.

Pertandingan Nasyid bermula...

Kumpulan Al-Wijdaan membuat persembahan.

YB Dato' Ir. Amiruddin Hamzah merasmikan majlis dengan memukul gong.

Penyampaian hadiah Johan Nasyid kepada ketua Al-Wijdaan, Muhd Aisy Hafiy bin Anugrah.

Penyampaian hadiah bagi Persembahan Terbaik. 

Sesi bergambar bersama YB Dato' Ir. Amiruddin Hamzah, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia.

Tanda menyokong pihak sekolah dalam usaha menyebarkan "BENCI DARVIH" - terima kasih


Bergambar kenangan bersama guru pengiring & ibu bapa peserta yang hadir. 

No comments:

Post a Comment