Wednesday, September 19, 2018

Majlis Sambutan Awal Muharam 1440H Sesi Petang

Pada 14 September 2018 (Jumaat) Panitia Pendidikan Islam SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan program Sambutan Awal Muharam 1440H. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai peristiwa penting dalam kalendar bulan Hijrah. 

Maal hijrah sinonim dengan pengertian perpindahan, sama ada daripada buruk kepada baik mahupun daripada baik kepada lebih baik. Dari segi istilah bermaksud berpindah daripada perkara yang negatif kepada yang positif dan daripada perkara yang positif kepada yang afdhal. Tuntasnya, Islam mengajak umatnya untuk bermuhasabah dan terus menyemak diri untuk mengubah diri ke arah nilai positif. 

Antara objektif Sambutan Awal Muharam ini ialah :
1. Pelajar dapat memahami maksud hijrah yang sebenarnya.
2. Mengetahui plot penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.
3. Mengambil iktibar dari peristiwa hijrah.
4. Dapat memberi pemahaman dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

Majlis Sambutan Awal Muharam 1440H dirasmikan oleh Puan Hajjah Rohaidah Binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Berikut merupakan sorotan daripada perjalanan program pada hari tersebut.

Pn Hajjah Rohaidah Binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana menyempurnakan gimik perasmian Majlis Sambutan Awal Muharam 1440H


Ustaz Saiffol Bin Ngabiah membacakan doa

Ustaz Abdul Hafiz Bin Abdul Halil ditugaskan mengacarakan majlis

Persembahan nyanyian Lagu Awal Muharam oleh murid kelas 3 Jujur yang dibimbing oleh Puan Salmi Binti Amir

Murid-murid yang terlibat

Ucapan Pn Fadhilah Binti Talib, Penyelaras Program Awal Muharam menerangkan mengenai beberapa program yang akan dilaksanakan sempena Awal Muharam

Ucapan perasmian oleh Pn Hajjah Rohaidah Binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana

Gimik Perasmian

Disediakan oleh : En Hariz Safwan Bin Yaccob

No comments:

Post a Comment