Friday, September 14, 2018

Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah 2018 (Sesi Petang)

Alhamdulillah, Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah 2018 bagi sesi petang telah berjaya dilaksanakan walaupun hujan lebat pada awal waktu persekolahan pada hari ini, Jumaat 14 September 2018. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pembantu PK Petang, Puan Rozimah binti Yaakob. 


Encik Nor Amirul Fitri bin Othman dan Cik Nur Affiqah binti Ahmad Subian sebagai Pengacara Majlis.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa daripada Ustaz Abdul Hafiz bin Abd Halil.
Selepas itu, pengerusi majlis menjemput Puan Rozimah binti Yaakob diiringi penyelaras Program Bulan Kebangsaan 2018, Puan Nik Rosmaliza binti Nik Hussain untuk menyampaikan hadiah hamper kepada pemenang setiap pertandingan.


Pemenang tempat pertama Pertandingan Pakaian Beragam Tahun 1  


Pemenang tempat pertama Pertandingan Tarian Tahun 2 
Kelas 2 Ibnu Bajjah
Johan Tarian 2018, Kelas 2 Ibnu Bajjah tampil membuat persembahan tarian di atas pentas.



Boleh tonton semula video Pertandingan Tarian Tahun 2 (2018)👆

Pemenang tempat pertama Pertandingan Koir Tahun 3
Kelas 3 Gigih


Johan Koir 2018, Kelas 3 Gigih mempersembahkan koir yang membawa kemenangan kepada mereka.
Boleh tonton semula video Pertandingan Koir Tahun 3 (2018)👆

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Terima kasih juga di atas komitmen semua guru yang telah melatih anak-anak murid dengan bersungguh-sungguh serta memberi kerjasama terbaik sepanjang program Bulan Kebangsaan 2018. Adalah diharapkan agar aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dapat menyemarakkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan murid serta guru.

Indah berseri cincin delima,
Bertatah permata elok dipakai,
Malaysia kini 61 tahun merdeka,
Negara kita aman dan damai.

Lagu Negaraku lagu kebangsaan,
Dihafal dan diingati oleh semua,
Tugu negara lambang pengorbanan,
Pembakar semangat kepada semua.

Sayangi Malaysiaku!!
Selamat Hari Malaysia

Disediakan oleh:
Puan Siti Maziah binti Muhamad Tajuddin
Puan Nor Arzah binti Hussin
Puan Nur Malisha binti Omar (Video)

No comments:

Post a Comment