Monday, September 5, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PAGI (MINGGU KE-32)

Guru Bertugas :
1. Pn. Umi Nadzrah bt Muhamad
2. Pn. Zailezah bt. Sardi
3. Pn. Norhamizah bt. Hamzah
4. En. Tarmiji b. Sabali
5. En. Jamillulail b. Mohd Junit
6. En Ismarizal b. Ismail

Laporan / Ulasan :

i)Nyanyian Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
ii)Bacaan Doa diketuai oleh adik Amirul Naim (6 Alamanda)
iii)Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn Umi Nadzrah bt. Muhamad iv)Bacaan Ikrar Murid oleh adik Muhamad Hafiz (6 Daisy).

2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Oleh Pn Azura bt. Mohammad Asir)

i) Memberi ucapan tahniah kepada seluruh pelajar yang telah berpuasa sepanjang bulan Ramadhan yang telah berlalu. Beliau juga menegur segelintir pelajar yang berpura – pura berpuasa tetapi sebaliknya tidak berpuasa. Beliau mengingatkan pelajar agar tidak mengulangi perbuatan berkenaan.

ii) Beliau juga mengingatkan kepada para pelajar agar tidak membuang sampah di merata tempat dan keseluruhan kebersihan pada minggu lepas adalah dalam keadaan yang baik.

3. Ucapan Pn Umi Nadzrah bt. Muhamad (Guru Bertugas Mingguan)

i) Mengucapkan selamat kembali semula ke sekolah selepas bercuti dari menyambut hari raya aidilfitri kepada semua pelajar dan guru –guru.

ii) Memperkenalkan guru-guru bertugas mingguan.

iii)Membacakan Tema Mingguan- "Saya Boleh" - Menyedarkan dalam diri pelajar agar menanamkan sifat yakin boleh dalam diri dalam melakukan sesuatu perkara.
-Sifat yakin boleh dalam melakukan sesuatu perkara yang baik pasti akan menemui kejayaan jika di lakukan dengan bersungguh-sungguh.
-Semangat yakin boleh membuatkan kita tidak akan mudah berputus asa dan cepat mengalah.
-Sifat ini perlu ditanamkan dalam setiap masa dalam diri pelajar.

1v) Lawat - Hitung (BM) = Kira
- Baqaratun (Arab) = Lembu
- Celebrated (BI) = Menyambut

4. Ucapan Guru Besar

i) Sempena sambutan Hari Raya dan Hari Kemerdekaan, guru besar mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan juga selamat menyambut hari kemerdekaan.

ii) Sambutan hari kemerdekaan ini di sambut pada 31 Ogos hingga 16 September di mana tarikh – tarikh ini merupakan tarikh dimana negara ini merdeka dan hari di mana Sabah dan Sarawak bergabung daripada Persekutuan Tanah Melayu membentuk Negara Malaysia.

iii)Guru Besar juga mengingatkan kepada para pelajar tahun 6, agar bersedia dan menanamkan sifat yakin boleh dalam diri mereka bagi menghadapi peperiksaan UPSR yang akan bermula pada 13,14 dan 15 September.

iv)Beliau juga mengingatkan pelajar agar sentiasa berdoa agar di permudahkan untuk menghadapi peperiksaan UPSR nanti.

v)Berkenaan malam Amal 1 Malaysia, pelajar digalakkan untuk membeli tiket dan membuat sumbangan kepada pihak sekolah melalui pembelian tiket berkenaan. Segala kutipan akan digunakan untuk memperbaiki kemudahan – kemudahan sekolah.

Perhimpunan tamat jam 8.00 pagi.

Posted by Jamil

No comments:

Post a Comment