Tuesday, September 6, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PETANG (MINGGU KE-32)

Guru Bertugas :
1. Pn. Shurhama bt Ahmad
2. Pn. Suriyana bt Salim
3. Pn. Siti Maziah bt Muhamad Tajuddin
4. Pn. Normaziah bt Ab Malek
5. Pn. Nora bt Sabihi
6. Cik Athirah bt Md Noh Azizan

Laporan / Ulasan :

i)Nyanyian Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
ii)Bacaan Doa diketuai oleh adik Muhammad Irfan b. Rosli ( 3 Jati )
iii)Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn Normaziah iv)Bacaan Ikrar Murid oleh adik Aniq Iqbal b. Zulkarnain ( 3 Seraya )

2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Oleh Pn Ainul Balkhish b. Mohd Aris)

i) Memberi ucapan tahniah kepada seluruh pelajar yang telah berpuasa sepanjang bulan Ramadhan yang telah berlalu. Beliau juga menegur segelintir pelajar yang bermain hujan di dataran perhimpunan sehingga basah kuyup. Beliau mengingatkan pelajar supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut.


ii) Beliau juga megingatkan semua ketua kelas agar menutup lampu dan kipas sebelum meninggalkan kelas sama ada ke bilik-bilik khas ataupun waktu rehat.

iii). Beliau mengingatkan pelajar-pelajar agar tidak meninggalkan/lari dari sekolah sebelum berakhirnya waktu persekolahan. Sekiranya pelajar yang keluar meninggalkan sekolah/lari dapat ditangkap,maka tindakan disiplin akan diambil.


3. Ucapan Pn Normaziah (Guru Bertugas Mingguan)

i) Mengucapkan selamat kembali semula ke sekolah selepas bercuti dari menyambut hari raya aidilfitri kepada semua pelajar dan guru –guru.

ii) Memperkenalkan guru-guru bertugas mingguan.

iii)Membacakan Tema Mingguan- "Saya Boleh" - Menyedarkan dalam diri pelajar agar menanamkan sifat yakin boleh dalam diri dalam melakukan sesuatu perkara.
-Sifat yakin boleh dalam melakukan sesuatu perkara yang baik pasti akan menemui kejayaan jika di lakukan dengan bersungguh-sungguh.
-Semangat yakin boleh membuatkan kita tidak akan mudah berputus asa dan cepat mengalah.
-Sifat ini perlu ditanamkan dalam setiap masa dalam diri pelajar.

1v) Lawat - Hitung (BM) = Kira
- Baqaratun (Arab) = Lembu
- Bright (BI) = Cerah

4. Ucapan Penyelia Kanan Petang (PKP)

i) Sempena sambutan Hari Raya dan Hari Kemerdekaan, PKP mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan juga selamat menyambut hari kemerdekaan.

ii) Sambutan hari kemerdekaan ini di sambut pada 31 Ogos hingga 16 September di mana tarikh – tarikh ini merupakan tarikh dimana negara ini merdeka dan hari di mana Sabah dan Sarawak bergabung daripada Persekutuan Tanah Melayu membentuk Negara Malaysia.

iii)Berkenaan malam Amal 1 Malaysia, pelajar digalakkan untuk membeli tiket dan membuat sumbangan kepada pihak sekolah melalui pembelian tiket berkenaan. Segala kutipan akan digunakan untuk memperbaiki kemudahan – kemudahan sekolah. Pelbagai pertunjukkan persembahan akan diadakan pada malam Amal 1 Malaysia tersebut. Pelajar yang ingin membeli tiket boleh membuat tempahan melalui guru kelas masing-masing.

Perhimpunan tamat jam 6.40 petang.

No comments:

Post a Comment