Wednesday, September 21, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PETANG KE-34

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PETANG (MINGGU KE-34)

Hari: Isnin
Tarikh: 19 September 2011
Masa: 6.10 – 6.40petang


Guru Bertugas:
1. Pn. Norhayati binti Ismail(K)
2. Pn. Nor Sabariah binti Awang Ngah
3. Pn. Rozana binti Abd Aziz
4. Pn. Salmi binti Adnan
5. En. Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim
6. Pn. Parimala a/p Vengadaslam

Laporan/Ulasan:


  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.


  • Bacaan doa diketuai oleh adik Muhammad Faris Aiman bin Zulkifli (3 Almon).


  • Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Rozana binti Abd Aziz.


  • Bacaan Ikrar Murid oleh adik Aniq Iqbal Bin Zulkarnain (3 Seraya).

Ucapan Guru Bertugas (Pn. Rozana binti Abd. Aziz)
1. Tema pada minggu ini ialah "Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya".
2. Ruyung ialah kulit kayu rumbia manakala sagu ialah isi pokok rumbia.
3. Peribahasa ini bersangkut paut dengan murid kerana kejayaan tidak akan dapat dicapai tanpa usaha yang gigih.

Perkataan LAWAD:
1. Bahasa Melayu: Sergah (kata-kata atau suara yang kuat untuk mengejutkan orang)
2. Bahasa Inggeris: Tasty (enak)
3. Bahasa Arab: Sayyaratun Ujrah (Teksi)

Ucapan Penolong Kanan Petang (En. Rosdin Bin Ibrahim)
1. Kemerosotan disiplin dalam kalangan murid semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Murid-murid hendaklah menghormati guru-guru kerana guru-guru ibarat pengganti ibu dan bapa di sekolah.

2. Peperiksaan akhir tahun akan dijalankan pada bulan Oktober. Oleh yang demikian, pelajar – pelajar dinasihatkan agar mengulangkaji pelajaran yang lepas dan menyiapkan latihan yang diberikan guru mengikut masa yang telah ditetapkan..
3. Sambutan Hari Kemerdekaan dan Malam Amal 1 Malaysia akan diadakan tidak lama lagi. Pelajar – pelajar digalakkan untuk menunjukkan bakat dengan mengambil bahagian dalam persembahan –persembahan yang ada.
4. Murid – murid boleh membeli tiket untuk Malam Amal 1 Malaysia daripada guru kelas.Tiket yang wajib dibeli berharga RM 10 (untuk dewasa)dan RM 5 (untuk kanak-kanak.
5. Murid – murid perlu menjaga disiplin dan peradaban diri pada setiap masa.

Perhimpunan ditangguhkan pada jam 6.40 petang.

No comments:

Post a Comment