Tuesday, March 6, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 10 (SESI PETANG)

Hari : Isnin

Tarikh : 05 Mac 2012

Masa : 6.10-6.40 petang

Guru bertugas (05.03.2012 hingga 09.03.2012)

1. Pn.Salmi Binti Adnan (K)

2. En.Shahrizal Bin Ya’am

3. Pn.Zabedah binti Othman

4. Pn.Salina Binti Mohd Tasu

5. Pn.Shurhama Binti Ahmad

6. Pn.Suriyana Binti Nanyan

7. Pn.Jamunarani Bhoja Rajan


Laporan / Ulasan :

1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah

2. Bacaan doa oleh Fathul Azhar bin Abu Bakar (3 Waja)

3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn.Shurhama Binti Ahmad

4. Bacaan ikrar murid oleh Husna Aqilah Binti Mohd Afzanizam (3 Waja)

5. Ucapan guru bertugas minggu lepas: ( Pn Nazahiyah Bt Ab Rahman )

5.1 Murid dinasihati agar tidak berlari-lari ketika ke kelas dan hendaklah berjalan dalam keadaan yang teratur.

5.2 Murid juga tidak dibenarkan membawa sebarang barang permainan ke sekolah


6. Ucapan guru bertugas : (Pn.Shurhama Binti Ahmad)

6.1 Memperkenalkan guru-guru yang bertugas minggu ini.

6.2 Tema pada minggu ini : Memenuhi masa lapang

6.2.1 Murid dinasihati agar mengisi masa dengan sebaik mungkin dan melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Antara ciri-ciri murid yang cemerlang ialah murid yang dapat mengisi masa lapang dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah.


7. Perkataan LAWAD pada minggu ini

a) Bahasa Malaysia : Membena : Mengendahkan, menghiraukan

b) Bahasa Inggeris : Recycle : Kitaran

c) Bahasa Arab : Al-Qawi : Kuat


8. Ucapan GPK Petang : ( En.Rosdin bin Ibrahim)

8.1 Murid diingatkan agar menghormati lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah serta tidak bermain-main sewaktu menyanyikannya ketika sesi perhimpunan dijalankan.

8.2 Ucapan tahniah dan syabas kepada murid-murid tahun 3 kerana telah selesai menduduki PKSR 1 baru-baru ini. Bagi murid tahun 1 dan 2 mereka juga akan dinilai oleh guru sepanjang tahun.

8.3 Murid dinasihati agar menjaga disiplin dan mendengar arahan guru. Masa lapang perlu diisikan dengan melakukan aktiviti yang berfaedah contohnya seperti membaca buku.

8.4 Semua murid dan warga sekolah perlu bangga dan menyayangi sekolah ini sebagai sebuah institusi pendidikan yang semakin dikenali di dalam dan di luar negeri Selangor.

No comments:

Post a Comment