Wednesday, January 2, 2013

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2013

HARI:RABU
TARIKH:2 JANUARI 2013
MASA:1.20-2.20
TEMPAT;DEWAN PERDANA

Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di pra sekolah ke pendidikan secara formal di tahun satu. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran di sekolah.

Aturcara Pembukaan Program Transisi

1. Bacaan doa - Ustaz Zawadi
2. Nyanyian 3 buah lagu - Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
3. Taklimat disiplin oleh Pn.Arnny Yusnita selaku guru disiplin sesi petang
4. Ucapan Penolong Kanan Petang - En Rosdin Bin Ibrahim

Penolong Kanan Petang mengalu-alukan kedatangan murid Tahun Satu ke SKTPP. Beliau menegaskan kehebatan anak-anak tidak bergantung kepada sekolah semata-mata, ia berkesinambungan daripada didikan di rumah. Program ini dapat dijalankan dengan jayanya sekiranya mendapat sokongan dari semua pihak terutamanya ibu bapa.

Berikut beberapa paparan gambar yang sempat dirakam pada hari pertama program ini dijalankan.

 Perhimpunan di dewan Putra

 Ucapan Wakil guru Tahun 1 ( Pn Nur Malisha)

 Ucapan Guru Bertugas (En Hafiz)

 Murid-Murid Mendengar Ucapan Dengan Penuh Teliti


Wajah-wajah Baru Murid SKTPP

 Ucapan Penolong Kanan Petang(En Rosdin)


Sesi Memperkenalkan Diri

No comments:

Post a Comment