Monday, January 7, 2013

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KEDUA (SESI PAGI)

Hari : Isnin
Tarikh :  7 Januari 2013
Masa : 7.30 hingga 8.00 pagi

Guru-guru bertugas :
1. Encik Pazli bin Zawawi
2. Puan Norinna binti Mohamed
3. Puan Azwani binti Noordin
4. Puan Norasmawati binti Omar
5. Puan Jamilah binti Mohd Yusof
6. Encik Muhamad Zainuddin bin Kalam
7. Puan Roslina binti Jafar
8. Puan Rosmawati binti Md Desa

LAPORAN
1.0  Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
       1.1 Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan adik Intan
             Zulaikha binti Muzafar (6 Tiung).
       1.2 Bacaan doa oleh adik Iman Firas bin Zulhazmi (6 Tiung).
       1.3 Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh  Encik Muhamad Zainuddin bin Kalam.

2.0 Laporan/ulasan guru bertugas minggu lepas (Encik Saifullah bin Mat Saufi)
      2.1 Mengingatkan murid perlu hadir ke sekolah sebelum jam 7.20 pagi kerana didapati pada minggu
            pertama persekolahan ramai murid yang hadir lewat.
      2.2 Murid perlu memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga agar menurunkan murid di pintu pagar B.
      2.3 Murid-murid perlu beratur ketika membeli makanan di kantin.

3.0 Perkataan LAWAD
      3.1 Bahasa Melayu : lemau - tidak garing kerana sudah kena angin
      3.2 Bahasa Inggeris : above - atas
      3.3 Bahasa Arab : shahrun - bulan

4.0 Ucapan Guru Disiplin (Encik Shahrizal bin Ya'am)
      4.1 Fesyen rambut
            Murid lelaki dilarang berambut panjang dan berfesyen (mengikut aliran semasa).
      4.2 Garisan kuning
            Murid-murid dilarang melintasi kawasan garisan kuning yang berada di kaki lima bangunan sekolah.
      4.3 Budaya menghormati guru
            Murid-murid perlu mengucapkan salam apabila bertemu/berselisih dengan guru.

5.0 Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran (Puan Siti Habsah binti Ahmad)
      5.1 Mengingatkan semua murid agar memberi perhatian dan tumpuan kepada perkara-perkara yang
           disampaikan oleh Encik Saifullah dan Encik Shahrizal.
     5.2 Mengingatkan semua murid agar mempunyai buku catatan untuk mencatat perkataan LAWAD pada
           setiap hari dan mencatat perkara-perkara penting yang disampaikan oleh guru-guru.
     5.3 Murid-murid yang masih tidak mencukupi buku teks perlu memaklumkan kepada guru kelas masing-
           masing.
     5.4 Murid-murid perlu memastikan buku latihan dan buku kerja yang akan digunakan pada tahun ini telah
           dibeli.
     5.5 Murid-murid perlu memastikan guru kelas telah memberi jadual kelas.
     5.6 Murid-murid yang tidak mempunyai tanda nama perlu menggunakan tanda nama pada tahun lepas.
           Lencana sekolah ada dijual di kedai buku sekolah.
     5.7 Program Maju Diri (PMD) akan berlangsung sepanjang minggu ini (7 hingga 11 Januari 2013) pada
           waktu sebelum rehat. Murid-murid perlu menyediakan satu buku PMD dan perlu membawa buku
           mata pelajaran mengikut jadual selepas rehat.
    5.8 Murid-murid yang tidak sihat perlu memaklumkan kepada guru bertugas.
    5.9 Murid-murid yang hadir ke sekolah perlu terus beratur di dataran perhimpunan mengikut kelas
          masing-masing dan membaca buku bacaan yang berfaedah.

Sesi perhimpunan tamat pada jam 8.00 pagi.






No comments:

Post a Comment