Monday, January 21, 2013

Laporan Perhimpunan Minggu ke-4


Hari     : Isnin
Tarikh  : 21 Januari 2013
Masa   : 6.00 hingga 6.40 petang

Guru-guru bertugas :
1. Pn. Azizah bt Ab Hamid
2. Pn. Wan Sarinah bt Wan Ibrahim
3. Pn. Nora bt Sabihi
4. Pn. My Sarah bt Hamzah 
5. Pn. Nur Suriati bt Ismail
6. Pn. Nurrulhuda bt Yaacob (cuti bersalin)
7. Pn. Nazahiyah bt Ab Rahman (cuti)


LAPORAN
1.0  Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
1.1  Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan Pn. Salmi bt Amir
1.2  Bacaan doa oleh adik Asyraaf Aqasha b. Mohd Fadzil (3 Zeta).
1.3   Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh  Pn. Azizah bt Ab Hamid
1.4   Ikrar murid oleh adik Alya Fariha bt Azairry (3 Sigma)

2.0 Laporan/ulasan guru bertugas minggu lepas (Pn Salina bt Mohd Tasu)
      2.1 Semasa keluar dari kelas untuk menuju ke bilik-bilik khas atau ke kantin,
            pastikan beratur dan berjalan dalam keadaan yang senyap.
      2.2 Barang-barang hilang:Pastikan semua murid menjaga barang dengan baik
            dan tidak meninggalkan di merata-rata tempat.

3.0 Laporan Guru Bertugas Mingguan (Pn. Azizah bt Ab Hamid)
      3.1 Memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini.
      3.2 Tema bagi minggu ini ialah Hormati Guru, ibu bapa dan rakan-rakan.
            Kita wajib menghormati guru,ibu bapa dan juga rakan-rakan. Hormati mereka
            di mana sahaja kita berada. Memberi salam jika berjumpa dan mengucapkan
            terima kasih pada bila-bila masa. Jangan mencuri atau mengambil barang
            orang lain tanpa kebenaran. Kita diminta menghormati apa sahaja yang
            bukan milik kita.

4.0 Perkataan LAWAD
      4.1 Bahasa Melayu : Luntur
      4.2 Bahasa Inggeris : Sit - duduk
      4.3 Bahasa Arab : Asadun – singa


5.0 Penyampaian sijil lantikan Pengawas Pusat Sumber sekolah 2013 (Pn. Julaili bt
      Onian)
      5.1  Pn. Julaili bt Onian membacakan nama-nama pengawas pusat sumber bagi
             tahun 2013 untuk upacara pelantikan.
      5.2 Sijil pelantikan disampaikan oleh En Rosdin bin Ibrahim
      5.3 Bacaan ikrar pengawas pusat sumber yang diketuai oleh Ketua Pengawas
            Pusat sumber  iaitu adik Syazliyana Farisha bt Shahrul Namawi.

Penyerahan Sijil Lantikan 

Bacaan ikrar  yang diketuai oleh Ketua Pengawas
            Pusat sumber  iaitu adik Syazliyana Farisha bt Shahrul Namawi.

6.0 Pengumuman (Pn Azizah bt Ab Hamid)
      6.1 Kelas bimbingan tasmik akan bermula pada hari esok (selasa) untuk tahun 1
            dan 2 pada jam 12.50 hingga 1.20, manakala untuk tahun 3 pada hari
            khamis pada jam 6.10 hingga 6.40.
      6.2 Murid lelaki yang memakai pakaian sukan hendaklah memastikan baju di
            masukkan dalam seluar.

7.0 Ucapan Guru Penolong Kanan Petang (En. Rosdin b. Ibrahim)
     7.1 Hormat pada guru dan orang tua serta sayangi mereka.
     7.2 Hormati juga pengawas pusat sumber sekolah. Setelah membaca buku
           letakkan di tempat yang asal, jangan mengharapkan pengawas sahaja.
     7.3 Murid-murid diingatkan supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya.
     7.4 Ikrar Sekolah. Mesti dipatuhi dan sentiasa taat setia pada sekolah.
     7.5 Minggu ini minggu ke-4 bersekolah, jadi beri tumpuan pada pelajaran,
           pastikan buku dan alatulis mencukupi untuk pembelajaran di dalam kelas.
     7.6 Berubahlah untuk menjadi murid yang baik.

Sesi perhimpunan tamat pada jam 6.40 petang.

No comments:

Post a Comment