Wednesday, January 16, 2013

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KETIGA(SESI PETANG)



Hari : Isnin
Tarikh :  14 Januari 2013
Masa : 6.00 petang hingga 6.40 petang

Guru-guru bertugas :
1. Puan Shurhama binti Ahmad
2. Puan Suriyana binti Nanyan @ Salim
3. Puan Arjunawati binti Ahmad Nuze
4. Puan Salina binti Mohd Tasu
5. Puan Maizara binti Mahat
6. Puan Zabedah binti Othman
7. Puan Fadhilah binti Talib 


LAPORAN

1.0  Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
       1.1 Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan puan Salmi binti Amir

       1.2 Bacaan doa oleh ustaz Ahmad Zunaidi bin Jinalabin
       1.3 Ikrar Rukun Negara oleh puan Shurhama binti Ahmad

2.0 Laporan/ulasan guru bertugas minggu lepas( Puan Rozimah binti Yaakob)
      2.1 Mengingatkan murid tentang adab ketika berada di kantin. Antaranya ialah   mereka perlu berbaris atau beratur semasa membeli makanan.

      2.2 Murid mestilah meletakkan pinggan-pinggan di dalam basin
      2.3 Air kotak yang dibeli hendaklah dibuang ke dalam tong sampah, jangan dibuang di celah-celah longkang dan tepi-tepi pokok.  


     2.4 Murid tidak dibenarkan bermain atau melintas didataran perhimpunan terutamanya kepada murid-murid tahun 1.

      2.5 Murid hendaklah mengucap salam atau ucap selamat sekiranya berjumpa dengan guru.    
3.0 Penyampaian sijil lantikan pengawas sekolah 2013 (Puan Norazian bt Mat Anuar)

      3.1  Puan Norazian membacakan nama-nama pengawas bagi tahun 2013 untuk upacara pelantikan.

     3.2 Sijil pelantikan disampaikan oleh Tuan Guru Besar
     3.2 Bacaan ikrar pengawas yang diketuai oleh Ketua Pengawas

4.0 Ucapan Penolong Kanan Petang ( Encik Rosdin b. Ibrahim)
      4.1 Encik Rosdin mengucapkan tahniah kepada pengawas-pengawas yang telah dilantik dan mengharapkanm mereka akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.Semua murid mesti menghormati pengawas.

      4.2 Beliau juga mengingatkan murid supaya membawa buku mengikut jadual waktu yang telah diberi terutamanya murid tahun 1.

      4.3 Beliau juga mengingatkan murid supaya memberitahu guru sekiranya dibuli oleh murid lain.Guru masa pertama hendaklah mengawasi setiap murid dari melakukan buli.

      4.4 Tanamkan dalam diri masing-masing untuk menjadi murid yang baik dan anak yang soleh dan solehah.

Sesi perhimpunan tamat pada jam 6.40 petang



Penyampaian watikah pelantikan pegawas sekolah

Bacaan ikrar pengawas sekolah 2013

Penyampaian watikah pelantikan pegawas sekolah

No comments:

Post a Comment