Monday, January 14, 2013


Hari : Isnin
Tarikh :  14 Januari 2013
Masa : 7.30 hingga 8.25 pagi

Guru-guru bertugas :
1. Encik Tarmiji bin Sabali
2. Puan Khairon Najmi binti Haron
3. Puan Siti Rabiaah binti Mohammad 
4. Puan Nor Azura bt Mohamad Asir
5. Puan Rosmaria bt Idris
6. Puan Nor Syifa’ binti Khadir
7. Puan Raizatl Ikhma bt Abdul Razak
8. Puan Nor Siah bt Mohd Nor

LAPORAN
1.0  Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
       1.1 Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan adik Intan Zulaikha binti Muzafar (6 Tiung).
       1.2 Bacaan doa oleh adik Iman Firas bin Zulhazmi (6 Tiung).
       1.3 Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh  EncikTarmiji bin Sabali.

2.0 Laporan/ulasan guru bertugas minggu lepas Puan Norinna bt Mohamad)
      2.1 Mengingatkan murid tentamg adab ketika berada di kantin. Antaranyanya ialah mereka perlu berbaris atau beratur semasa membeli makanan.
      2.2 Murid mestilah meletakkan pinggan-pinggan di dalam basin
      2.3 Air kotak yang dibeli hendaklah dibuang ke dalam tong sampah, jangan dibuang di celah-celah longkang dan tepi-tepi pokok.
      2.4 Kebersihan kelas pada minggu lepas kurang memuaskan kerana sampah-sampah di dalam kelas tidak dibuang ke dalam tong sampah. Maka ini menjadi tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan, jangan hanya mengharap kepada murid yang bertugas pada hari tersebut sahaja.
      2.5 Murid hendaklah beratur di hadapan kelas sebelum bergerak ke bilik khas dan bergerak  dalam barisan menuju ke bilik-bilik khas.
2.6. Murid hendaklah menutup suis lampu dan kipas apabila hendak keluar kelas untuk menjimatkan tenaga elektrik.  
3.0 Laporan Guru Bertugas Mingguan (Puan Khairon Najmi binti Haron)
      3.1 Tema bagi minggu ini ialah Peraturan sekolah.
Merujuk Kamus Dewan, peraturan adalah ketentuan yang mengikat warga kelompok masyarakat,dipakai sebagai panduan, dan kendalian tingkah laku yang sesuai dan diterima. Setiap warga masyarakat harus mentaati aturan yang berlaku, atau ukuran, kaedah yang dipakai sebagai tolok ukur untuk menilai atau membandingkan sesuatu. Oleh itu, tema kali ini merujuk kepada peraturan sekolah yang mesti dipatuhi oleh seorang murid. Guru disiplin dan guru-guru akan sentiasa mengingatkan murid tentang pelbagai peraturan sekolah dari masa ke semasa. Murid mestilah mematuhi peraturan sekolah atas dasar tanggungjawab seorang murid. Buku peraturan sekolah yang telah disediakan dan dijual adalah bertujuan untuk memastikan murid mengetahui mengenai peraturan sekolah dan menjadi panduan. 

4.0 Perkataan LAWAD
      4.1 Bahasa Melayu : Amalan
      4.2 Bahasa Inggeris : Animal  - binatang
      4.3 Bahasa Arab : Mukhtarul Kumbiuter –makmal computer
5.0 Penyampaian sijil lantikan pengawas sekolah 2013 (Puan Norasmawati bt Omar)
      5.1  Puan Norasmawati membacakan nama-nama pengawas bagi tahun 2013 untuk upacara pelantikan.
      5.2 Sijil pelantikan disampaikan oleh Tuan Guru Besar
      5.2 Bacaan ikrar pengawas yang diketuai oleh Ketua Pengawas

6.0 Ucapan Guru Disiplin  (Encik Shahrizal bin Yaam )
      6.1 Beliau mengumumkan Ketua Pengawas bagi tahun 2013 ialah Adik Nur Anis Zarith Sofea bt Zam Azizul.
7.0 Ucapan Penolong Kanan HEM ( Puan Jamilah bt Ariffin)
      7.1 Puan Jamilah mengucapkan tahniah kepada pengawas-pengawas yang telah dilantik dan mengharapkanm mereka akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.
7.2 Beliau juga mengingatkan murid supaya meletakkan makanan ke dalam basin untuk menjaga kebersihan dan mengelakkan daripada gagak.
7.3 Beliau juga memaklumkan did lam setiap perbarisan murid lelaki mesti berada di hadapan dan diikuti murid perempuan. Ini adalah bertujuan untuk mengimbangkan kedudukan murid yang tidak sama rata antara lelaki dan perempuan.
7.3 Buku kawalan kelas hendaklah diambil di pejabat pada setiap pagi oleh ketua kelas dan hantar semula sebelum balik.
7.4 Tanda nama dan lencana sekolah hendaklah diletakkan di sebelah kiri.



Sesi perhimpunan tamat pada jam 8.25 pagi







Bacaan ikrar pengawas sekolah 2013
                                             Penyampaian watikah pelantikan pegawas sekolah
                                                            Ikrar ketua pengawas sekolah
                                  Penyampaian watikah  pelantikan pengawas oleh Tuan Guru Besar
                                                                Ucapan Guru Bertugas
                                                         Ucapan Penolong Kanan HEM



No comments:

Post a Comment