Saturday, April 6, 2013

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 2 & 3 FASA 1/2013

Sabtu, bersamaan dengan 6 April 2013, Kem Bestari  Solat (KBS) bagi tahun 2&3 Fasa 1 alhamdulilah telah dapat dilaksanakan. Dengan kehadiran 321 orang murid dari tahun 2 & 3 dan 20 orang guru yang bertindak sebagai fasilator.

Pengenalan

Kem Bestari Solat adalah program kokurikulum yang dirangka secara khusus bertujuan pembestarian solat untuk semua murid program j-QAF. Ia adalah salah satu modul di dalam komponen modul-modul program j-QAF.

Objektif

  •   Murid dapat mengetahui cara berwuduk.
  •   Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
  •   Murid dapat mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi  bacaan dan perbuatan.
  •   Murid dapat membaca dengan betul dan lancar bacaan dalam solat.




    Berikut beberapa gambar sepanjang program berlangsung ;


Sesi pendaftaran bersama Puan Norazah

a

Murid-murid berkumpul di dewan selepas pendaftaran



LDK (Bacaan Solat ) bersama Puan W. Sarinah



LDK 2 (Wudhu')





LDK 3 (Amali Solat )



,

Jemput Makan Semua!




Anak Dara Menumbuk pandan,
Membuat kuih hidangan kenduri,
Ilmu yang baik dijadikan teladan,
Buat bekalan untuk diri


Alhamdulilah,  semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. Murid-murid pulang pada pukul 12.30 tengah hari. Terima kasih daun keladi, kepada semua guru-guru yang terlibat dalam KBS fasa 1. 


Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di hujung taman,
Kalungan budi junjugan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman.


Semoga kita bertemu lagi pada KBS akan datang.

Disediakan oleh Ummi Harithah Mohd Baharuddin

No comments:

Post a Comment