Monday, April 22, 2013

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE-16 (SESI PAGI)


Hari      :   Isnin
Tarikh 
  :  22 April 2013
Masa   
 :  7.30 pagi hingga 8.15 pagi

GURU BERTUGAS:
1)     Encik Ismarizal bin Ismail
2)     Puan Astina binti Mahat Nor
3)     Cik Nor Shuhada binti Mohd Noor
4)     Puan Azlina binti Mat Isa
5)     Puan Kwa Jin Nee
6)     Norhafiza binti Ismail
7)     Puan Zuraini binti Ismail
8)     Puan Noranismawati binti Mohd Fauzi

LAPORAN:

 1.0 Nyanyian, Bacaan Doa, dan Ikrar.

1.1        Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, dan Lagu Sekolah

1.2        Bacaan Doa oleh pengawas, Iman Firas bin Zulhazmi (6 Tiung)

1. 3              Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Astina binti Mahat Nor

1. 4       Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas Sesi Pagi, Nur Anis Zarith Sofea binti Zam Azizul (6 Tiung)


2.0 Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas ( Puan Zaleha binti Ramdan)

2.1               Murid menaiki basikal – dalam kawasan sekolah murid-murid perlu pimpin atau tuntun basikal sehingga sampai ke tempat letak basikal begitu juga waktu balik.
           
2. 2             Waktu rehat – semua murid tidak dibenarkan naik ke kelas pada waktu rehat kerana ia boleh menganggu sesi pembelajaran murid-murid lain.

2. 3             Murid sakit – sekiranya murid terasa sakit dari rumah, beritahu ibu bapa agar dibawa ke klinik segera dan tidak perlu hadir ke sekolah.


3.0   Perkataan LAWAD Minggu Ini.

3.1               Bahasa Melayu : Galas – pikul (bahu)

3. 2             Bahasa Inggeris : Modest – sederhana

3. 3       Bahasa Arab     : riyadoh - bersukan


4.0   Keceriaan Kelas Bagi Minggu ke-16

4. 1       PPKI        : Tempat pertama – Proaktif
  Tempat kedua - Kreatif           
  Tempat ketiga - Inovatif
  
   
4. 2             Tahun 4: Tempat pertama – Wira
  Tempat kedua – Waja            
  Tempat ketiga –  Exora

4. 3       Tahun 5    : Tempat pertama – Seraya
  Tempat kedua – Keruing                    
  Tempat ketiga – Balau

4. 4       Tahun 6    : Tempat pertama – Tiung
  Tempat kedua – Merpati                     
  Tempat ketiga – Merak


5.0  Ucapan Guru Bertugas. (Encik Ismarizal bin Ismail)

Tema    : Hidup Berdisiplin

5.1               Murid-murid perlu patuhi peraturan sekolah, seperti datang awal ke sekolah, berpakain lengkap, berambut pendek dan kemas. Selain itu, murid-murid juga perlu menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas.

5.2        Murid-murid juga perlu berdisiplin untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Terutamannya berdisiplin dalam menunaikan solat lima waktu sehari semalam.                
         

6.0  Ucapan Guru Disiplin ( Encik Shahrizal bin Ya’am)

6.1        Budaya berpasang-pasangan – Murid-murid tidak dibenarkan sama sekali berpasangan di sekolah. Hal ini, kerana, terdapat murid yang sanggup membuat tatu atau mengukir nama di anggota badan.  
   
6.2        Hari Kokurikulum – Murid-murid tidak dibenarkan pulang ke rumah pada hari Rabu sehingga selesai aktiviti kokurikulum pada jam 4.00 petang. Murid perlu memaklumkan hal ini kepada ibu bapa agar dapat mengambil tindakan yang sewajarnya seperti menyediakan wang saku yang secukupnya dan pakain yang sesuai. Murid-murid hendaklah menunaikan solat di surau bagi yang beragama Islam

7.0  Ucapan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ( Puan Jamilah binti Arifin)

7.1                Budaya Menabung - Semua murid, dinasihatkan supaya menanam sikap suka menabung. Tujuan menabung adalah untuk simpanan di masa hadapan. Ini kerana, pihak sekolah telah bekerjasama dengan Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional bagi membantu murid-murid menyimpan wang dan juga memberi peluang untuk membuka akaun baru  bagi murid yang belum mempunyai akaun.

Perhimpunan tamat pada jam 8.15 pagi.

Disediakan oleh : Puan Azlina binti Mat Isa dan Cik Nor Shuhada binti Mohd Noor
                            

No comments:

Post a Comment