| LAPORAN "PEPTALK" | |
| HARI: | TARIKH: |
| ISNIN | 15-Apr-13 |
| TEMPAT: | MASA: |
| DEWAN PERDANA | 8.00-8.30 PAGI |
| KELAS YANG TERLIBAT | GURU PELAPOR: |
| 6 BANGAU & 6 BELATUK | JAMILLULAIL BIN MOHD JUNIT |
| Guru besar memulakan sesi dengan memberikan ucapan salam untuk semua | |
pelajar 6 Bangau dan juga 6
Belatuk.
| |
| Beliau bertanyakan masalah yang dihadapi oleh setiap pelajar berkenaan kerana | |
| pelajar - pelajar dalam kelas ini antara yang mempunyai keputusan yang tidak | |
| memberansangkan selain masalah displin yang dihadapi. Oleh sebab itu | |
beberapa elemen perlu ada dalam aspek diri
pelajar bagi memperbaiki diri .
Antaranya ialah :
|
|
| i. Intelektual - Diuji berdasarkan peperiksaan. Oleh sebab itu pelajar perlu | |
| membangunkan aspek intelektual dalam setiap diri pelajar kerana ianya | |
| merupakan perkara yang diukur bila pelajar melangkah ke alam pekerjaan nanti, | |
| contoh peperiksaan UPSR yang bakal diduduki oleh pelajar pada bulan sembilan nanti. | |
| II. Sahsiah diri - Merupakan semangat yang lahir dalam diri individu itu sendiri. | |
| Melakukan sesuatu perkara sehingga berjaya walaupun pada dasarnya agak sukar | |
| untuk melakukan sesuatu perkara. Sahsiah diri juga dikaitkan dengan displin | |
| dalam diri seseorang individu . Displin yang baik akan terbentuk sekiranya | |
| pelajar berkenaan mengikut kata serta mendengar arahan dan memberi tumpuan yang | |
| sepenuhnya pada apa yang diberikan dan dinasihatkan oleh gurunya. | |
| Pelajar yang tidak mempunyai displin maka akan mudah terjebak pada perkara - | |
| perkara yang tidak bermoral. | |
| Guru besar juga membuat perbandingan kehidupan yang dilalui oleh beliau dan | |
| kehidupan yang dialami oleh pelajar - pelajar pada zaman sekarang. | |
| Para pelajar pada zaman sekarang harus bersyukur dengan segala nikmat | |
| yang telah dinikmati dengan wujudnya pelbagai kemudahan dari segi sukan, | |
| penggunaan komputer dan juga aktiviti kokurikulum. Oleh itu pelajar seharusnya | |
| merebut peluang ini dengan sebaik-baiknya. Para pelajar perlu belajar dan | |
| mengulangkaji pelajaran dan mempunyai tempoh 4 bulan sahaja lagi sebelum | |
| menduduki peperiksaan UPSR. | |
| Beliau juga menasihatkan pelajar agar menjadi seorang yang baik dan sentiasa | |
| mengikut peraturan sekolah. Pelajar dinasihatkan agar sentiasa melakukan | |
| perkara yang baik dan tidak melakukan perkara yang tidak bermoral seperti | |
| mencuri dan merokok. Pelajar hendaklah sentiasa mendengar nasihat ibu dan ayah. | |
| dan menanamkan dalam diri bahawa semua guru sentiasa menyayangi murid- muridnya. | |
Wednesday, April 17, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment