Friday, April 26, 2013

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Daerah Sepang

Pada hari Khamis, 25 April 2013 Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Daerah Sepang telah diadakan di SK.Bandar Baru Salak Tinggi. Sebanyak 29 buah sekolah di daerah Sepang  telah menyertai pertandingan tersebut. SK. Taman Putra Perdana telah diwakili oleh adik Muhammad Ikmal Haris bin Fazir (6 Merpati) bagi Tahap 2 manalaka Tahap 1 diwakili oleh adik Asyraff (3 Theta).

Daripada 29 buah sekolah yang bertanding, adik Ikmal Haris dari SK. Taman Putra Perdana  dengan ceritanya 'Legenda Mahsuri' telah berjaya menjadi antara 6 peserta  yang terpilih untuk berentap di peringkat akhir.  Pertandingan yang berlangsung anatara 6 buah sekolah tersebut amat sengit lantaran  mencari pencerita yang terbaik untuk ke peringkat negeri.Selain bercerita, peserta juga harus menjawab soalan spontan dengan petah dan lancar.

Peserta dari sekolah kita telah mempersembahkan ceritanya dengan penuh semangat dan penghayatan. Namun nasib tidak menyebelahi , sekolah kita hanya berjaya mendapat tempat keempat dalam pertandingan tersebut.Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada kedua-dua peserta yang telah berusaha sedaya upaya mereka demi menaikkan nama SK.Taman Putra Perdana.






No comments:

Post a Comment