Tuesday, April 23, 2013

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE-16 (SESI PETANG)

Hari      :   Isnin
Tarikh   :  22 April 2013
Masa    :  6.10 petang hingga 6.40 petang

GURU BERTUGAS:

  1. Encik Rusydan bin Ismail
  2. Puan Ainul Balkhish bt Mohd Aris
  3. Puan Nor Shabariah bt.Awang Ngah
  4. Puan Saadiah bt Busrah
  5. Puan Norazah bt Mohd Ali
  6. Puan Nor Azian bt Ahmad
  7. Cik Ummi Harithah bt Mohd Baharuddin

LAPORAN:

1.0 Nyanyian, Bacaan Doa, dan Ikrar.

1.1        Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, dan Lagu Sekolah

1.2        Bacaan Doa oleh pengawas, Ashraff Aqashah  (3 Zeta)

1. 3       Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Salmi bt. Adnan

1. 4       Ikrar Murid oleh pengawas,Alya Fariha bt Azairry


2.0 Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas ( Puan Grace a/p )

            2.1             Kipas dan lampu – masih ada beberapa buah kelas yang tidak menutup lampu dan kipas semasa rehat dan ketika keluar ke bilik-bilik khas.
           
            2. 2             Waktu rehat – murid-murid diingatkan supaya meletakkan pinggan dan cawan yang telah digunakan ke dalam besen yang telah disediakan.Plastik makanan dan juga air kotak juga perlu dibuang ke dalam tong sampah dan tidak dibiarkan bersepah di lantai serta diatas meja makan.


3.0   Perkataan LAWAD Minggu Ini.

3.1     Bahasa Melayu : dodoi – lagu yang didendangkan untuk tidurkan anak/bayi

3. 2    Bahasa Inggeris : bathroom – bilik mandi

3. 3    Bahasa Arab     : misbahun - lampu


4.0   Keceriaan Kelas Bagi Minggu ke-16
  
   
4. 1       Tahun 1: Tempat pertama – Hematology
                           Tempat kedua – Anestesiology      
                           Tempat ketiga –  Respiratory

4. 3       Tahun 2: Tempat pertama – Marikh
                           Tempat kedua – Zuhrah                   
                           Tempat ketiga – Musytari

4. 4       Tahun 3: Tempat pertama – Alfa
                           Tempat kedua – Zeta                    
                           Tempat ketiga – Delta


5.0  Ucapan Guru Bertugas. (Pn. Salmi Adnan)

Tema    : Kebersihan diri

             5.1               Kebersihan adalah sangat penting dalam kehidupan kita.Di dalam ajaran agama Islam, kebersihan adalah separuh daripada iman. Agama-agama yang lain juga sangat mementingkan amalan kebersihan diri.

             5.2        Kebersihan juga menjamin keselamatan.Sekiranya badan kita bersih, maka penyakit-penyakit yang berjangkit dapat dihindari,              
         

6.0  Ucapan Guru Praktikum ( Puan Nor Adawiyah bt. Ismail)

             6.1        Pn. Nor Adawiyah bt Ismail berucap wakil guru-guru praktikum sesi petang sempena minggu terakhir mereka di sekolah ini.
   
             6.2        Pn. Nor Adawiyah mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, guru-guru serta murid-murid yang telah membantu serta memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang mereka berada di sekolah ini.

7.0  Ucapan Guru Penolong Kanan Petang ( Encik Rosdin B,. Ibrahim)

             7.1       Kem Bestari Solat - Syabas dan Tahniah diucapkan kepada muri-murid tahun 1 yang telah menghadiri Kem Bestari Solat pada 13/4/13 yang lepas.

             7.2       Guru praktikum – Terima kasih kepada guru-guru praktikum yang telah membantu dan menyumbangkan tenaga untuk sekolah ini.

            7.3        Disiplin murid – Disiplin murid-murid masih rendah.Masih ada kes buli, bercakap bohong serta munuduh kawan.

            7.4        Waktu Rehat – Waktu rehat adalah masa murid-murid makan dan kemaskan diri(pergi ke tandas).Ramai murid bermain pada waktu rehat sehingga berpeluh-peluh.

Perhimpunan tamat pada jam 6.40 petang

Penyampaian Kebersihan Dan Keceriaan Kelas

Ucapan wakil Guru-Guru Praktikum
Barisan Guru-Guru Bertugas

No comments:

Post a Comment