Tuesday, September 3, 2013

PERBINCANGAN BERSAMA WAKIL DARI FROGASIA

Pada 29 Ogos 2013, Cik Phoebe Tan Yan-Xin (Implemention Consultant) telah datang untuk berbincang
tentang fasa terakhir (Immerse Phase) dalam menjayakan penggunaan aplikasi Frog VLE. Perkara yang telah dibincangkan ialah fokus kepada class site dan booking calendar. Pelaksanaan Immerse Phase ini bermula pada 19 Ogos 2013 hingga 22 November 2013. Cik  Phoebe juga membincangkan mengenai perancangan untuk membuat Pelan Tindakan Khas bagi Kelas Pendidikan Khas.

Perbincangan ini telah dihadiri oleh Encik Sukimin bin Juki, Puan Siti Habsah binti Ahmad, Puan Arjunawati binti Ahmad Nuze, Puan Norinna binti Mohamed dan Puan Rozaitul Ikhma binti Ab Razak. Pelbagai perkara telah dibincangkan untuk penambaikan penggunaan aplikasi Frog VLE.

Berikut ialah gambar sepanjang sesi perbincangan:








Terima kasih kepada wakil frogAsia. Semoga segala perbincangan dapat memberi manfaat kepada SKTPP dalam menjayakan transformasi pendidikan berasaskan ICT.


No comments:

Post a Comment