Monday, September 23, 2013

SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK (SIWP) - FASA 1

Hari: Sabtu
Tarikh: 21 September 2013
Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: SMK Putra Perdana
Anjuran: Pejabat Pendidikan Daerah Sepang Tahun 2013 (sekolah-sekolah Daerah Sepang)
Penceramah Jemputan: Encik Saruchi Bin Sawal

Satu seminar yang bertajuk Seminar Integriti Warga Pendidik (SWIP) iaitu Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Pembudayaan Integriti Dalam Pendidilkan telah diadakan pada hari Sabtu, 21 September 2013Seminar ini disertai dua  buah sekolah iaitu SK Taman Putra Perdana dan SMK Putra Perdana. 


Seminar ini bermula jam 8.00 pagi dengan pendaftaran peserta. Bermula dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Transformasi Pendidikan Negara, disusuli bacaan doa, bacaan ikrar Integriti Malaysia dan ucapan aluan Pengerusi. Seterusnya ceramah dimulakan tepat pada jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari, selama 3 jam. 



Apa itu integriti? Setiap individu yang berintegriti dapat membina jati diri dan identiti dalam sesebuah organisasi sekali gus dapat memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik, pengamalan tadbir urus terbaik, membina imej dan keyakinan pelanggan. Sikap integriti dalam diri akan dapat mewujudkan masyarakat bertatasusila, ikatan hidup berasaskan kesopanan, saling menghormati dan seterusnya akan membawa kepada faktor yang menentukan jatuh bangunnya sesebuah institusi pentadiran, pemerintahan, kerajaan dan juga ketamadunan negara. 


Pelan Integriti Nasional adalah satu pelan atau rancangan yang dirancang serta dilancarkan oleh kerajaan Malaysia dengan fokus utamanya  menanam dan memupuk budaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia.

Objektif bagi seminar ini dijalankan adalah untuk:-
i. meningkatkan tahap kesedaran serta kefahaman warga pendidik dan bakal pendidik mengenai Pelan Integriti Nasional (PIN). 
ii. Ianya juga adalah untuk meningkatkan komitmen warga pendidik dan bakal pendidik mengenai peranan yang boleh dimainkan dalam mengukuhkan integriti masyarakat. 
iii. Seterusnya medapatkan kerjasama warga pendidik dan bakal pendidik bagi membantu menyebarluaskan kefahaman mengenai integriti dan PIN dalam kalangan pelajar.  

Dipaparkan gambar-gambar sepanjang seminar berlangsung:-


Pendaftaran peserta seminar
Ucapan aluan Pengerusi Majlis





























No comments:

Post a Comment