Sunday, September 8, 2013

PROGRAM MOTIVASI ANJAKAN MINDA 2013

Tarikh : 7 September 2013
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Perdana

Latar Belakang
Kecemerlangan akademik dan kestabilan emosi adalah elemen-elemen yang boleh digerakkan melalui motivasi. Justeru, atas dasar kepercayaan bahawa kecemerlangan akademik lahir dari kesedaran dan kegigihan menuntut ilmu maka program motivasi digarap dengan pelbagai aktiviti agar setiap murid mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan bersedia mencipta kecemerlangan diri dari segi sahsiah dan akademik.

Objektif Program
  1.  Memberi kesedaran kepada murid tentang pentingnya ilmu pengetahuan dalam kehidupan.
  2.  Mewujudkan sikap kerjasama dan tolak ansur sesama ahli pasukan dalam usaha mencapai kejayaan.
  3.  Mendapat motivasi dan berusaha membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan.
  4.  Dapat membina matlamat yang jelas bagi mencipta kecemerlangan diri dari segi sahsiah dan akademik.
Ringkasan Program
Program ini bermula dengan sesi pendaftaran pada jam 7.30 pagi. Seramai 112 orang peserta yang terdiri daripada murid-murid Tahun 4 SKTPP telah hadir untuk menjayakan program ini. Penceramah jemputan ialah Encik Huzaimi bin Zaini merupakan pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Program ini dilaksanakan dengan tujuan persediaan fizikal, mental dan emosi kepada murid-murid Tahun 4 supaya sentiasa bersedia dalam pelajaran di Tahap dua disamping dapat membantu memotivasikan diri agar lebih fokus untuk mencipta kecemerlangan diri terutama dalam membina target dalam setiap peperiksaan.

Program berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang hadir. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada penceramah, pihak penganjur Unit Bimbingan dan Kaunseling dan guru-guru yang menjayakan program ini. Semoga usaha ini memberi manfaat yang besar terhadap semua murid dan seterusnya lebih fokus untuk mencipta kecemerlangan diri khususnya dan sekolah amnya.

Berikut ialah gambar-gambar sepanjang program berlangsung:

Peserta berada di Dewan Perdana sebelum program bermula
Ucapan alu- aluan oleh Puan Nurliza binti Abdul Rahman
selaku pengacara majlis
Bacaan doa oleh Encik Saifullah bin Mat Saufi
Peserta mengambil bahagian
Peserta sedang menjamu selera di kantin



Latihan dalam kumpulan (uji minda)
Hasil kerja peserta (kreativiti berasaskan nombor lapan)
Penceramah program, Encik Huzaimi bin Zaini bersama
Puan Jamilah binti Arifin (PK Hem)
 dan Puan Juli binti Mahbah (Kaunselor)

No comments:

Post a Comment