Tuesday, September 24, 2013

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-34 (SESI PETANG)

Hari    : Isnin
Tarikh : 23 September 2013
Masa  : 6.10 - 6.40 petang 


GURU BERTUGAS

  1. Puan Shuharma Ahmad
  2. Puan Fadhilah Talib
  3. Puan Zabedah Othman
  4. Puan Salina Mat Tasu
  5. Puan Suriyana Nanyan
  6. Puan Maizara Mahat
  7. Cik Noor Azlinda Kasmin

LAPORAN:


1.0   Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
  • Bacaan Doa oleh pengawas, Asyraaf Aqasha (3 Zeta)
  • Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Maizara Mahat
  • Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas sesi Petang, Alya Fariha 

2.0   Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan Norlida Ahmad)
  • Puan Norlida menyeru murid-murid membuang sampah ke dalam tong sampah. Perbuatan membuang sampah di atas penutup tong sampah hendaklah dihentikan. 
  • Murid-murid perlu memastikan menggunakan Pas Keluar kelas ketika hendak keluar daripada kelas. Murid-murid yang tiada memakai Pas Keluar kelas boleh didenda.
  • Murid-murid diingatkan supaya tidak membawa atau makan gula-gula getah  di kawasan sekolah.
  • Keadaan Dewan Perdana yang agak bising sewaktu beratur hendaklah diatasi. Murid-murid perlu mematuhi arahan guru supaya senyap dan beratur dengan tertib selepas loceng berbunyi sewaktu sesi persekolah bermula dan selepas waktu rehat.

3.0  Ucapan PK Petang (Encik Rosdin bin Ibrahim)
  • Peperiksaan Akhir Tahun akan bermula pada 22 Oktober 2013. Semua murid terlibat. Murid-murid perlu bersedia menghadapi PAT dengan mengulangkaji di rumah bersama ibubapa.
  • Sukaneka dan Sukan Tahunan sekolah akan diadakan pada 28  & 29 September 2013. Murid-murid yang telah dipilih perlulah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. 
  • Murid-murid yang tidak terpilih tidak perlulah kecewa kerana mereka boleh menyokong kawan-kawan mereka dan boleh menyertai sukaneka yang akan diadakan pada Sambutan Hari Kanak-Kanak  pula.
  • PK Petang memberi teguran kepada murid yang agak bising sewaktu sesi beratur mahupun sewaktu sesuatu majlis berlangsung. Murid-murid perlulah menghormati arahan guru dan majlis yang sedang adakan. 
Perhimpunan berakhir jam 6.40 petang
Puan Maizara Mahat selaku juruacara pada perhimpunan 

Puan Salmi mengetuai nyanyian

Bacaan Doa oleh adik Asyraaf Aqasha
Puan Norlida menyampaikan laporan guru bertugas minggu lepas

Ucapan dariapada Penolong Kanan Petang En. Rosdin bin Ibrahim

No comments:

Post a Comment