Wednesday, September 11, 2013

Kemasukan Murid Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Sehingga tarikh tutup pada 30 Ogos 2013 lalu,, sekolah telah menerima sejumlah 62 permohonan untuk memasuki prasekolah di sekolah ini bagi sesi persekolahan 2014.

Mesyuarat pemilihan akan diadakan selewat-lewatnya pada 21 September 2013 dan semua pemohon akan dimaklumkan keputusannya melalui surat pemberitahuan seawal-awalnya pada 6 Oktober 2013 hingga 31 Oktober 2013.

A - SYARAT-SYARAT KEMASUKAN MURID KE KELAS PRASEKOLAH
  1. Warganegara Malaysia
  2. Kanak-Kanak Yang Mencapai Umur Lima (5) Tahun Pada Hari Pertama Bulan Januari dalam Tahun Persekolahan Semasa.
  3. Keutamaan Pemilihan Berasaskan Merit Pendapatan Ibu Bapa / Penjaga Di Bawah Garis Kemiskinan Dan “Ranking” Pendapatan Perkapita Keluarga Dari Rendah Ke Tinggi.
  4. Jumlah Bilangan Murid Setiap Prasekolah KPM Tidak Melebihi 25 Orang.
  5. Proses Pemilihan Murid Prasekolah KPM Hendaklah Dibuat Oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah.
B - PEMILIHAN MURID
1 - Pemilihan murid hendaklah dibuat oleh jawatankuasa pemilihan murid prasekolah yang terdiri daripada :
       - Guru Besar - Pengerusi
       - GPK Pentadbiran - Naib Pengerusi
       - Seorang Guru Prasekolah - Setiausaha
       - Seorang Guru Tahap 1 - Ahli Jawatankuasa
       - Seorang Guru Tahap 2 - Ahli Jawatankuasa
       - Seorang PPM - Pencatat
       - Seorang Wakil Komuniti (Jika Perlu)
2 - Pihak Sekolah Hendaklah Membuat Siaran Permohonan Murid Secara Meluas Dan Menerima Seberapa Banyak Permohonan Sehingga Tarikh Tutup.
3 - Semua Permohonan Hendaklah Diperakui (Berjaya/Tidak) Oleh Jawatankuasa Pemilihan Di Dalam Mesyuarta Tersebut.
4 - Keputusan Semua Permohonan Sama Ada Berjaya Atau Gagal Hendaklah Dimaklumkan Kepada Pemohon.
5 - Pihak Sekolah Akan Mengeluarkan Surat Tawaran Dan Borang Penerimaan Tawaran Kemasukan Murid Prasekolah Kepada Ibu Bapa / Penjaga.
6 - Sekiranya Ada Calon Yang Menolak Tawaran Tersebut, Pihak Jawatankuasa Pemilihan Berhak Memilih Calon-Calon Simpanan Mengikut Senarai Keutamaan.

No comments:

Post a Comment