Wednesday, September 18, 2013

Latihan Sukan Tahap 1

Tarikh : 17 September 2013
Hari : Selasa
Masa : 4.40-6.40 petang
Tempat : Padang SK Taman Putra Perdana

Latihan Sukan Tahap 1 telah diadakan di padang SK Taman Putra Perdana dengan penuh semangat kesukanan. Walaupun keadaan cuaca kurang memuaskan dengan sedikit hujan rintik pada mulanya tidak melunturkan semangat guru-guru dan murid-murid untuk meneruskan latihan. Kelima-lima rumah sukan masing-masing bersemangat menjalani latihan demi mencungkil bakat-bakat muda untuk diketengahkan bakat mereka ke peringkat yang lebih tinggi.Acara yang bakal disertai bagi murid Tahun 1,2,dan 3 ialah 50 meter dan 4x50 meter. Memandangkan latihan ini merupakan latihan hari pertama, ramai murid yang tidak memakai pakaian sukan.Latihan ini akan diadakan pada setiap hari sehingga hari Jumaat. Murid-murid sudah pun diingatkan agar memakai pakaian sukan sepanjang sesi latihan.


Rumah Kuning yang sedang membuat persediaan untuk larian





Pasukan Biru bersedia di garisan permulaan




Mengambil kedudukan di garisan permulaan




Guru menunjukkan cara yang betul di garisan permulaan.
Cikgu Rosdin juga  bersemangat bersama-sama turun padang melatih murid



Cikgu Roswandy yang sentiasa memastikan latihan berjalan lancar



 Bersedia di garisan permulaan




Disediakan oleh:
Nik Rosmaliza binti Nik Hussain
Setiausaha Sukan

No comments:

Post a Comment