Monday, August 4, 2014

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-29 (Sesi Petang)

HARI               :   Isnin
TARIKH          :  4 Ogos 2014
MASA             : 
 1.20 - 1.50 petang

GURU BERTUGAS:
1. Pn. W. Rosmawati bt. W. Ibrahim
2. Pn. Jumilah bt. Ahmad
3. Cik Noor Azlinda bt. Kasmin
4. Pn. Suhaizan bt. Sukiman
5. Pn. Ezza Hairani bt. Zainuddin
6. Encik Afandi b. Mat Zain

LAPORAN/ULASAN:

1. Perbarisan, Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

a) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah (dipimpin oleh Pn. Salmi bt. Amir).
b) Bacaan doa oleh pengawas, Najwan Danish Danial b. Izwan Fazli (2 Anestesiologi).
c) Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Suhaizan bt. Sukiman.
d) Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas sesi petang, Hurin Batrisyia Amani bt. Ahmad Junaidi Doinil Jalalaini (3 Zuhrah).

2. Laporan guru bertugas minggu lepas (Pn. Salmi bt. Amir)


a) Murid dilarang berlari semasa waktu rehat.
b) Murid juga dinasihati untuk berjalan semasa pergi ke bilik-bilik khas.

3. Ucapan guru bertugas minggu ini (Pn. Suhaizan bt. Sukiman)


a) Memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ini.
b) Menasihati semua murid agar berjumpa dengan guru bertugas sekiranya mempunyai masalah kesihatan dan lain-lain.
c) Perkataan LAWAD minggu ini:

     Bahasa Melayu    : ceria (bersih, cantik)
     Bahasa Inggeris  : festival (perayaan)
     Bahasa Arab        : assa’idatu (bahagia)


4. Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas 

TAHUN 1  JOHAN                : 1 Gambus
                  NAIB JOHAN       : 1 Nafiri
                  KETIGA               : 1 Seruling

TAHUN 2  JOHAN                : 2 Hematologi
                  NAIB JOHAN       : 2 Surgeri
                  KETIGA               : 2 Kardiologi

TAHUN 3  JOHAN                : 3 Pluto
                  NAIB JOHAN       : 3 Zuhrah
                  KETIGA               : 3 Marikh

5. Pengumuman (Pn. Suhaizan bt. Sukiman)

a) Kelas Tasmik berjalan seperti biasa pada minggu ini.
b) Aktitivi ko-kurikulum dibatalkan pada minggu ini.
c) Majlis sambutan hari raya Aidilfitri 2014 di sekolah akan dijalankan pada hari Rabu, 6 Ogos 2014 bertempat di Dewan SKTPP. Ia bermula pada pukul 3.20 petang hingga 4.50 petang. Semua murid boleh memakai baju dan kasut raya, Murid perlu membawa pinggan, cawan dan juadah untuk majlis ini.

6. Ucapan Penolong Kanan Petang (Pn. Rosmah bt. Jamat)


a) Beliau menasihati semua murid untuk berhati-hati dengan anjing liar di luar kawasan sekolah. Semua murid perlu menjaga keselamatan diri terutama yang berjalan kaki dan berbasikal ke sekolah.

b) Beliau mengingatkan semua murid bahawa jadual pulang dari sekolah adalah seperti biasa dan tidak lagi seperti di bulan Ramadhan.
c) Memaklumkan bahawa Karnival DARIH akan berlangsung pada 16 Ogos 2014 ini dan pelbagai aktiviti akan dijalankan pada hari tersebut. Semua murid dan keluarga serta orang ramai dijemput hadir.

7. Majlis Pelancaran Bulan Bahasa anjuran Panitia Bahasa Malaysia

a) Majlis dipengerusikan oleh Pn. Jumilah bt. Ahmad. Majlis ini akan berjalan sepanjang bulan ini.
b) Guru Besar, Pn. Hajjah Rohaidah bt. Mohd Ali telah menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis ini.

Perhimpunan tamat pada jam 2.10 petang.

Pengacara majlis, Pn. Suhaizan bt. Sukiman
Adik Najwan Danish Danial b. Izwan Fazli (2 Anestesiologi) membacakan doa
Adik Hurin Batrisyia Amani bt. Ahmad Junaidi Doinil Jalalaini (3 Zuhrah) membacakan ikrar murid
Guru bertugas minggu lepas, Pn. Salmi bt. Amir
PK Petang, Pn. Rosmah bt. Jamat
Pengerusi Majlis Pelancaran Bulan Bahasa, Pn. Jumilah bt. Ahmad
Guru Besar, Pn. Hajjah Rohaidah bt. Mohd Ali menyampaikan amanat 
Majlis Pelancaran Bulan Bahasa
Majlis Pelancaran Bulan Bahasa
Majlis Pelancaran Bulan Bahasa

No comments:

Post a Comment