Thursday, August 7, 2014

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri (Sesi Pagi)

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah dilaksanakan dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana.  Terima kasih diucapkan kepada semua warga SKTPP yang telah membuat persediaan awal untuk mengadakan majlis ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua ibu bapa yang telah bekerjasama menyediakan juadah pada hari tersebut. Alhamdulillah..semua murid dan warga SKTPP amat seronok dengan majlis sambutan yang diadakan ini.

Atur Cara Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri:
9.30 pagi - Susun atur meja, kerusi dan juadah
9.50 pagi - Bacaan doa
10.00 pagi - Ucapan Guru Besar
10.10 pagi - Jamuan
10.40 pagi - mengemas dan membersihkan meja dan tempat yang digunakan
11.00 pagi - PdP seperti biasa


 Guru membantu menyusun atur juadah yang dibawa oleh murid



 Murid duduk dalam barisan kelas masing-masing semasa sesi ucapan perasmian Guru Besar



 Pengacara majlis memerihkan suasana Sambutan Hari Raya

 Ustaz Mahadir membacakan doa bagi memberkati majlis

 Murid-murid seronok sepanjang sambutan hari raya dijalankan

 Guru Besar SKTPP, Puan Rohaidah memberikan ucapan alu-aluan

 Guru Besar memotong kek sebagai simbolik perasmian Sambutan Hari Raya bersama guru-guru Penolong Kanan



Antara juadah yang dibawa oleg guru-guru dan murid-murid

No comments:

Post a Comment