Monday, August 4, 2014

Majlis Pelancaran Program Bulan Bahasa Malaysia Peringkat Sekolah 2014 (Sesi Petang)

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan berlangsung sepanjang bulan Ogos di seluruh negara. Sehubungan itu, bagi menyambut baik usaha kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa komunikasi, bahasa ilmu, bahasa sejagat dan wahana perpaduan rakyat, Pihak Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telahpun mengadakan satu majlis ringkas sempena Pelancaran Program Bulan Bahasa Peringkat Sekolah 2014.

Tingkap papan kayu bersegi,
sampan sarat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Bermartabat bangsa kerana bahasa.

Selasih mekar di tengah desa,
Mencelah sama kembang melati,
Bahasa Kebangsaan jiwa bangsa,
Perpaduan di semai bersatu hati.

Ungkapan pantun oleh pengacara majlis, Pn. Jumilah Ahmad sudah jelas menggambarkan antara tujuan utama Sambutan Program Bulan Bahasa anjuran Panitia Bahasa Malaysia SKTPP pada kali ini adalah untuk memartabatkan bangsa dan mengeratkan perpaduan.

Sehubungan itu, pihak penganjur telah merancang pelbagai program yang bersesuaian dengan tahap dan kebolehan murid bagi menggalakkan penyertaan dan memeriahkan lagi sambutan. Antara aktiviti dan pertandingan yang akan dijalankan untuk murid-murid sesi petang adalah seperti:

Tahun 1                   : Tulisan Cantik dan Bercerita
Tahun 2                   : Mencari Sisip Suku Kata dan Bersajak
Tahun 3                   : Membentuk Kata dan Bersyair

Majlis pelancaran Bulan Bahasa Malaysia telah disempurnakan oleh Guru Besar SKTPP, Pn. Hjh Rohaidah bt. Mohd Ali. Dalam ucapan ringkas, beliau mengajak semua warga sekolah untuk menghayati dan menghargai Bahasa Kebangsaan sebagai tonggak bangsa dan cerminan jati diri kita. Sesungguhnya, bahasa yang kita martabatkan itulah yang akan membentuk negara kita sebagai satu bangsa yang berdaulat. 

Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakam sekitar majlis berlangsung.

Kepetahan Pn Jumilah selaku pengacara majlis 
Pn. Hjh. Rohaidah Mohd Ali, GB SKTPP memalu gong sebagai simbolik perasmian Sambutan Bulan Bahasa 2014
Upacara memotong reben banner oleh Pn. Hjh Rohaidah disaksikan oleh PK Petang, Pn. Rosmah dan Pn  Azura Farina










No comments:

Post a Comment