Monday, August 4, 2014

Majlis Pelancaran Program Bulan Bahasa Malaysia Peringkat Sekolah 2014 (sesi pagi)

Pada pagi ini, 4 Ogos 2014 telah diadakan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Malaysia Peringkat Sekolah bagi tahun 2014. Majlis pelancaran ini telah  dirasmikan oleh Puan Hajah Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana.  Dalam ucapan, beliau mengajak warga sekolah untuk menghayati dan menghargai bahasa kebangsaan sebagai tonggak bangsa dan cerminan jati diri kita. Sesungguhnya, bahasa yang kita martabatkan itulah yang akan membentuk negara kita sebagai satu bangsa yang berdaulat.

Program Bulan Bahasa Malaysia ini merupakan satu program tahunan bagi Panitia Bahasa Malaysia di sekolah ini.  Objektif program ini diadakan adalah:
i)        untuk menambahkan pengetahuan dan kosa kata murid dalam pelajaran Bahasa Malaysia, 
ii)     untuk memberi pengalaman baru kepada murid-murid yang terlibat secara langsung atau tidak langsung,
iii)  bagi mengeratkan ikatan silaturrahim dan memupuk semangat kerjasama sesame murid dan juga guru,
iv)  sebagai aktiviti tahunan panitia Bahasa Malaysia.

Berikut merupakan senarai aktiviti yang akan dijalankan dalam Bulan Bahasa:

i)               Pra sekolah            : Tulisan Cantik dan Pantun
ii)             PPKI                     : Vokal Tersembunyi dan Permainan Bahasa
iii)                  Tahun 1                 : Tulisan Cantik dan Bercerita
iv)           Tahun 2                  : Mencari Sisip Kata dan Bersajak
v)            Tahun 3                   : Membentuk Kata dan Bersyair
vi)           Tahun 4                   : Ganda Huruf dan Bersajak
                        vii)          Tahun 5                   : Mengarang dan Bersyair
viii)        Tahun 6                   : Teka Silang Kata dan Syarahan

Gambar-gambar sekitar majlis tersebut.

Murid-murid bersedia untuk majlis perasmian.

Kumpulan pencak silat bersiap sedia untuk membuat persembahan. 
Pulut kuning diarak masuk oleh wakil murid.
Guru Besar memberi ucapan perasmian.
Persembahan pencak silat
Paluan gong perasmian oleh Guru Besar SKTPP
Pulut kuning yang dibuat khas untuk perasmian hari ini.
Puan Hajah Rohaidah memotong pulut kuning.
Antara salah satu gimik pelancaran. 
Barisan pentadbir dengan simbol "Kami Benci Dadah"

No comments:

Post a Comment