Friday, August 29, 2014

Majlis Penutupan Dan Penyampaian Hadiah Aktiviti Bulan Bahasa 2014 (Sesi Pagi)

Pada hari ini 29 Ogos 2014, Program Bulan Bahasa 2014 anjuran Panitia Bahasa Malaysia SK Taman Putra Perdana telah  pun menutup tirainya.  Majlis ini telah berlangsung di Dataran Perhimpunan pada pukul 8.00 pagi sebaik sahaja selesai bacaan Yasin.

Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan kepada pemenang-pemenang bagi aktiviti-aktiviti yang telah dipertandingkan.  Antaranya :
             i) Tahun 4 - Ganda Huruf (aktiviti kelas)
                                Deklamasi Sajak ( individu)
            ii) Tahun 5 - Mengarang esei bertemakan Kesan-kesan Penyalahgunaan Dadah (aktiviti kelas)
                               Mendendangkan Syair (individu)
           iii) Tahun 6 - Delapan Kata (aktiviti kelas)
                               Syarahan  (individu)

Sesi penyampaian hadiah ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Fuadi b. Sarham, Penolong Kanan Pentadbiran SK Taman Putra Perdana. Jawatankuasa Pelaksana Bulan Bahasa 2014 merakamkan jutaan  terima kasih kepada semua guru dan murid yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan Bulan Bahasa 2014 ini. Semoga program ini akan membawa manfaat khususnya dalam memperkasa bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid.
Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa. 

Berikut adalah paparan gambar sepanjang berlangsungnya aktiviti Program Bulan Bahasa 2014.
Hakim pertandingan syarahan, En. Wahiduddin dan Pn Rosmawati
Hakim pertandingan syair , En Shahrizal dan Pn. Nurliza
Murid dari kelas tahun 5 mendendangkan syair.
Pengerusi Majlis Pn Nurliza Abd Rahman
Barisan peserta menunggu giliran
Adik Aina mendendangkan syair 
Wakil murid tahun 6 menyampaikan syarahan


Pemenang dari kelas PPKI

Pemenang dari Prasekolah

No comments:

Post a Comment