Thursday, November 20, 2014

Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah Tahun 2014

Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah SK Taman Putra Perdana telah diadakan pada 20 Novembet 2014 bertempat di Dewan Perdana. Majlis telah dirasmikan oleh En. Muhammad Nor Zaini bin Jaafar, Pegawai School Improvement Partner (SIP+), Pejabat Pendidikan Daerah Sepang. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa oleh En. Mohd. Wahiduddin b Sepian. Majlis anugerah diserikan lagi dengan persembahan tarian Joget Gadis Melayu.  

Penyampaian hadiah dimulakan dengan Anugerah Khas untuk murid-murid Pendidikan Khas bagi beberapa kategori:

1. Anugerah KilauanNurul Aliah Natashah Bt Ismail (Apple)
2. Anugerah PerwajaSaanjeeth Nair A/L Ravandiran  (Apple)
3. Anugerah PermataMohd Azhar Bin Suhaimi (Apple)

Anugerah Intan juga diberi kepada murid Pemulihan yang menunjukkan peningkatan pencapaian dalam akademik iaitu:-

1. Muhammad Adam Bin Syafrizal (2 Respiratori)    
2. Mohamad Ilham Bin Mohd Ridzuan (2 Respiratori)
3. Ahmad Haisal Marzuki Bin Mohamad Abdullah (2 Surgeri)

Anugerah Nilam telah diberi kepada:-
Tahap 1
- Nurqamarina Izzaty Binti Zakaria  (3 Zuhal)
Tahap 2
- Nurhusna Umairah Binti Norazman  (6 Resak)

Majlis diteruskan lagi dengan dengan penyampaian Hadiah Murid Terbaik Dalam Kelas bagi tempat pertama, kedua dan ketiga dimulakan dengan Prasekolah diikuti dengan kelas PPKI serta Tahun 1 sehingga Tahun 6.  Seterusnya penyampaian Hadiah Murid Terbaik Mata Pelajaran bagi Tahun 1 hingga Tahun 6.

Kemuncak acara Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah adalah penyampaian anugerah: 

1. Anugerah Sinar Bestari (Akademik)
Nama : Muhammad Aiman Rosdi
Kelas  : 6 Seraya

2. Anugerah Sinar Nurani (Sahsiah)
Nama : Aniq Iqbal Bin Zulkarnain
Kelas  : 6 Seraya

3. Anugerah Sinar Kesatria (Kokurikulum)
Nama : Arissa Dania Binti Abdul Jamal
Kelas  : 6 Resak

4. Tokoh Bitara
Nama : Aniq Iqbal Bin Zulkarnain
Kelas  : 6 Seraya

Majlis berakhir pada jam 1.00 petang.

Sekitar majlis yang berlangsung...

 


Tahniah buat semua penerima anugerah dan sijil!


No comments:

Post a Comment