Friday, November 7, 2014

Majlis Pelancaran Dengue Action Kids.School @MPSepang (DAKs.SCHOOL@MPSEPANG)

Assalamulaikum dan salam sejahtera , Majlis Perbandaran Sepang telah mengadakan MAJLIS PELANCARAN DENGUE ACTION KIDS (DAK) SCHOOL @ MPSEPANG.

SKTPP telah dijemput menghadiri majlis tersebut bersama beberapa lagi sekolah rendah dan menengah daerah Sepang. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y.A.B Tuan Mohamed Azmin Bin Ali Dato’ Menteri Besar Selangor pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh              :          07 November 2014 (Jumaat)
Masa               :           9.00 Pagi
Tempat            :          Dewan Serbaguna
Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang

Sempena MAJLIS PELANCARAN DENGUE ACTION KIDS (DAK) SCHOOL @ MPSEPANG, pihak Majlis Perbandaran Sepang telah menyerahkan peralatan kerja-kerja larvaciding dan pencegahan kepada wakil sekolah yang terdiri daripada 4 orang murid dan 2 orang guru pengiring (Guru Unit Kesihatan).

Sebelum itu satu Ceramah dan Demonstrasi Pencegahan Denggi telah disampaikan Oleh En. Mohd Salihin Bin Jelani, Pegawai dari Majlis Daerah Sepang kepada murid dan guru di sekolah. Murid-murid tersebut dilantik sebagai agen penyampai maklumat Pencegahan Denggi di sekolah. 

Pada Majlis tersebut Sijil penyertaan telah diberikan kepada murid dan guru yang terlibat. Berikut adalah gambar-gambar sekitar aktiviti dan majlis yang dijalankan.


No comments:

Post a Comment