Friday, November 14, 2014

Makluman Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah 2014

Sukacita dimaklumkan SK Taman Putra Perdana akan mengadakan Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah 2014 pada ketetapan berikut:

Tarikh     :     20 November 2014 (Khamis)
Masa      :     7.40 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat   :     Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana
Perasmi  :     Tuan PPD Sepang

Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah 2014 ini  ialah majlis kemuncak bagi menghargai kejayaan dan pencapaian murid-murid dalam bidang akademik dan sahsiah.  Beberapa anugerah khas akan diberikan kepada murid-murid yang memenuhi kriteria ditetapkan, antaranya Anugerah Pendidikan Khas, Anugerah Pemulihan Khas, Anugerah NILAM, Anugerah SINAR dan Anugerah PERDANA.  Selain itu, majlis ini juga turut memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah berjasa kepada sekolah dalam melancarkan pengurusan disiplin di samping kehadiran penuh.

Murid-murid yang menerima anugerah dan yang terlibat dengan persembahan sahaja perlu hadir pada hari tersebut. Murid-murid lain direhatkan. Ibu bapa / penjaga murid terlibat dijemput sama bagi memeriahkan majlis.

Tahniah kepada penerima-penerima anugerah!

No comments:

Post a Comment