Thursday, November 20, 2014

Hi tea Akhir Tahun

Selepas selesai majlis Hari Anugerah Cemerlang Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK) SKTPP telah menganjurkan majlis hi tea di Everly Hotel Putrajaya. Majlis yang bertema sekuin ini turut dihadiri Yang Dipertua PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar dan AJK PIBG; Tengku Syawaluddin. Semoga ikatan silaturrahim antara kita akan bertambah rapat seterusnya akan melahirkan kerjasama yang mantap demi kecemerlangan anak-anak didik kita.
   Majlis juga turut meraikan guru-guru yang telah dan akan bertukar iaitu En. Hazim, Pn. Azura Asir, Pn. Rima dan Pn. Zainur Jimah. Semoga kalian lebih sukses di sekolah baharu. AJK KKGK telah berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan majlis yang sederhana ini berjalan lancar. Alhamdulillah semua ahli telah mendapat selain seorang satu "doorgift" bahkan juga semua mendapat hadiah cabutan bertuah  - yang membezakan hanyalah kecil dan besar sahaja....



Terima kasih dan tahniah KKGK!

No comments:

Post a Comment